ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Monday, May 23, 2011
Saturday, May 14, 2011
Harap Maaf....Siaran Tergendala.........
Tuutttt...........
Tuuuttttttttt.............
Tuuuuuuuttttttt..............
Tuuuttttttttt.............
Tuuuuuuuttttttt..............
Saturday, May 7, 2011
Kita semua adalah bakal jenazah.
Tak usahlah nak mendabik dada
orang ini bakal jadi ini
orang itu bakal jadi itu
anak orang ini bakal kahwin dengan orang itu
itu semua perkara yang tak pasti
yang pastinya
kita semua adalah bakal jenazah
orang ini bakal jadi ini
orang itu bakal jadi itu
anak orang ini bakal kahwin dengan orang itu
itu semua perkara yang tak pasti
yang pastinya
kita semua adalah bakal jenazah
Wednesday, May 4, 2011
Menteri jangan usik nasi lemak orang Melayu.
Beberapa buah NGO Melayu bangkit mempertahankan nasi lemak.
Yeahhhhhh.......jangan usik nasi lemak kami!!!!
Yeahhhhhh.......jangan usik nasi lemak kami!!!!
Thursday, April 28, 2011
Saturday, April 23, 2011
Banjir lagiiiii.........entah kali keberapa dah.......
Hari ini Semantan Ulu banjir lagi...............
Banjir kilat, macam bandar-bandar besar........
Kalau di bandar ada bangunan pencakar langit...
Kampung kami ada pokok 'tunjuk langit'. Buahnya boleh buat ubat darah tinggi dan kencing manis.
Banjir kilat, macam bandar-bandar besar........
Kalau di bandar ada bangunan pencakar langit...
Kampung kami ada pokok 'tunjuk langit'. Buahnya boleh buat ubat darah tinggi dan kencing manis.
Tuesday, April 19, 2011
Apa yang nak dimalukan, semua orang buat macam tu!
Setiap kali Pak Man isi minyak kereta di stesen minyak, pasti Pak Man akan lakukan perkara ini. Iaitu selepas aliran minyak berhenti kerana telah cukup seperti nilai yang di kehendaki, Pak Man akan mengetuk-ngetuk kepala paip minyak tersebut ke dalam lubang tangki.
Ini adalah bagi memastikan setiap titik minyak yang ada dalam salur tersebut akan masuk ke dadalam tangki. Tak nak ianya tertinggal dalam salur tersebut. Kelakuan macam ni Pak Man mula buat semenjak harga minyak naik. Ada orang kata, "Issh....buat malu je...."
Pak Man cuba perhatikan orang lain yang mengisi minyak di beberapa buah stesen yang berhampiran, rupa-rupa nya ramai lagi orang yang buat macam tu. Jadi, apa nak dimalukan........semua orang buat macam tu! (orang kaya tak ada lah buat perangai macam tu).
Wednesday, April 13, 2011
Minta cuti.
Cuti mengupdate blog selama seminggu.
Harap maaf .........mungkin dua minggu atau mungkin lebih lama.
Thursday, April 7, 2011
Setiap sesuatu itu, ada benihnya.
Setiap sesuatu itu ada benihnya.
Gurauan yang melampau itu adalah benih kepada perkelahian.
Oleh itu, hendaklah kita elak dari bergurau yang melampau.
Kalau kita suka bergurau dengan orang yang berpangkat,
suatu hari nanti dia akan jadi musuh kita.
Kalau kita suka bergurau dengan orang yang rendah akal fikirannya,
suatu hari nanti dia akan pijak kepala kita.
kata orang bijak pandai...........

Sunday, April 3, 2011
Banyaknya nombor 1.
Tahun ini ada 4 tarikh yang jarang berlaku dalam hidup kita. Iaitu 1/1/11.....1/11/11...11/1/11...11/11/11...
Bukan itu saja, cuba ambil nombor terakhir tahun kita dilahirkan dan tambahkan dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya adalah 111.
Tahun ini adalah tahun kekayaan(kata sipengirim SMS).
Dalam bulan Oktober nanti akan ada 5 kali Ahad,5 Isnin, 5 Sabtu.
Ini akan berlaku sekali dalam823 tahun.
Ini adalah SMS dari orang yang tak dikenali.

Saturday, March 26, 2011
Sukan Semantan Ulu, terima kasih kepada penderma.
Sabtu, 26 Mac 2011. Sukan di SK Semantan Ulu. Murid 45 orang tapi sukan tetap dijalankan. Kebetulan pula jiran sebelah pagar sekolah buat kenduri kahwin.
Ada yang bermurah hati menaja makanan untuk semua pelajar. Semua murid dapat sebungkus makanan 'Marrybrown'. Dapat belon yang diagihkan oleh maskot Marrybrown. Dapat menari bersama-sama dengan maskot. Terima kasih kerana murid-murid semua cukup gembira.
Kepada penderma tahun lepas, dari Dubai dan Arab Saudi, terima kasih sekali lagi kerana duit itu masih ada baki lagi dan dapat kami guna untuk perbelanjaan pada tahun ini.
Khemah mesti pasang betul-betul, kerana sekarang ni musim hujan. Persiapan sehari sebelum hari sukan.
Habis saja acara sukan, semua murid dan guru serta semua ibu-bapa dijemput makan kenduri di rumah sebelah. Terima kasih tuan rumah.

Friday, March 25, 2011
Ikan keli sendiri punya, dijamin halal.
Petang ni tangkap ikan keli dari kolah di belakang rumah.
Masak goreng berlada.
Sambal tempoyak.
Makan anak-beranak.
Masak goreng berlada.
Sambal tempoyak.
Makan anak-beranak.
Wednesday, March 23, 2011
Lada solok.
Lada yang digunakan untuk buat 'Solok Lada'. Khas untuk tatapan orang yang tak pernah tengok pokok lada jenis ini.
Selain dibuat solok, boleh juga buat ulam, makan mentah, cicah budu.
Cuti sekolah baru-baru ni Pak Man balik kampung, nampak pokok lada ni yang ditanam tepi rumah , ambil gambar, masuk blog.
Habis cerita.

Sunday, March 20, 2011
Kenduri kahwin anak Pak Embong Ya'sak Batu Talam.
Hari ini Pak Man pergi kenduri rumah Pak Embong Ya'sak Batu Talam. Meriah dan riuh rendah sekali. Semuanya dibuat secara bergotong-royong. Sembelih kerbau, melapah daging, dan memasak. Tak guna dapur gas. Masak guna kayu api.
Sembelih kerbau. Besar!....harganya RM3000++....orang sini lebih suka makan daging kerbau berbanding dengan daging lembu.
Antara tetamu yang terawal tiba. Mak Jah, Mak Teh, Mak Tam dan Pak Teh. Kereta kena parking jauh dari rumahnya kerana nak balik awal. Takut tak dapat keluar nanti.
Makan nasi putih, nasi minyak, gulai kawah, rendang, gulai asrong(wajib ada kalau kenduri di Batu Talam).

Saturday, March 19, 2011
Pelajar Malaysia Yang Selamat dari tsunami di Jepun. Kisahnya ......
Sepasang suami isteri yang sedang buat Phd di Sendai Jepun. Mereka telah selamat kembali ke Malaysia.
Alhamdulillah..........
Bacalah blog mereka di SINI.
Alhamdulillah..........
Bacalah blog mereka di SINI.
Subscribe to:
Posts (Atom)