Sunday, March 20, 2011

Kenduri kahwin anak Pak Embong Ya'sak Batu Talam.

 Hari ini Pak Man pergi kenduri rumah Pak Embong Ya'sak Batu Talam. Meriah dan riuh rendah sekali. Semuanya dibuat secara bergotong-royong. Sembelih kerbau, melapah daging, dan memasak. Tak guna dapur gas. Masak guna kayu api.

 Sembelih kerbau. Besar!....harganya RM3000++....orang sini lebih suka makan daging kerbau berbanding dengan daging lembu.

Antara tetamu yang terawal tiba. Mak Jah, Mak Teh, Mak Tam dan Pak Teh. Kereta kena parking jauh dari rumahnya kerana nak balik awal. Takut tak dapat keluar nanti.
Makan nasi putih, nasi minyak, gulai kawah, rendang, gulai asrong(wajib ada kalau kenduri di Batu Talam).

7 comments:

aza ni said...

salam pakman
syukur masih ada yang amalkan gotong royong ni...banyak tempat dah pakai katering..

KuNanGKuNanG said...

kenduri camni la baru meriah...masih ada semangat kerjasama..

Tepi Sungai Batu said...

Azani,
Betul tu......tk.

Tepi Sungai Batu said...

Kunang-kunang,
Betul tu!
Meriahhhhh..........

KR 31 A.K.A Zabri said...

Pak Embong Ya'sak tu @ Ustaz Ya'sak? betulkan pak man

Tepi Sungai Batu said...

zABRI,
Betul lah tu......ada kena mengena ke?

KR 31 A.K.A Zabri said...

kenal.... pasalnya org rumah dia org semantan