Friday, February 12, 2016

Meninggal dunia atas bumbung

Meninggal dunia atas bumbung
Meninggal dunia atas bumbung
Mangsa dibawa turun oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Bachok selepas meninggal dunia akibat sakit jantung ketika bekerja di Kampung Tok Belian pagi semalam.
 
BACHOK – Seorang tukang rumah meninggal dunia di atas bumbung rumah ketika sedang bekerja di Kampung Tok Belian pagi, semalam.
Mangsa dikenali sebagai Zakaria Mohd Noor, 50, dikatakan meninggal dunia akibat sakit jantung selepas disahkan oleh petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Balai.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Mohd Rozi Ismail mengetuai operasi itu bersama lima anggota untuk membawa turun mangsa ke bawah.
“Kami menerima panggilan pada jam 9.30 pagi mengenai kejadian itu, dan tiba di lokasi kejadian pada jam 9.50 pagi. Ketika itu, kami dapati mangsa berada di atas sebuah platform pemasangan atas bumbung setinggi 30 kaki di sebuah rumah dalam pembinaan.
“Setelah operasi menurunkan mangsa dilakukan, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Abdul Hamid Che Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun tiada kertas siasatan dibuka

No comments: