Tuesday, May 26, 2015

Grup WhatsApp

Semalam nombor hp Pak Man telah di addkan ke dalam grup WhatsApp kelas masa SPM dulu.
Pak Man rasa terharu juga lah kerana ada kawan yang masih ingat Pak Man.
Pada mulanya Pak Man jadi pembaca saja. Lama-lama hati mula meronta-ronta nak join sama.
Kenangan masa sekolah dulu jadi segar kembali.
Akhirnya Pak Man menyapa kawan-kawan semua. Siap hantar gambar lagi.
Tapi hanya 4 orang jer yang bersembang dgn Pak Man.
Mana pergi yang lain?
Mungkin mereka sibuk (bersangka baik).
....ke atau mereka dah lupakan Pak Man, atau tak nak layan Pak Man atau memang mereka tak suka Pak Man (setan mula menghasut).
Fudzail, Zul Selamat, Maliki dan Azman Ismail,  terima kasih kerana sudi berbual dgn Pak Man walau pun anda dah jadi jutawan sekarang (Pak Man agak-agak lah....tapi rasa-rasanya memang anda semua orang kaya).

No comments: