Sekarang murid-murid tengah periksa setengah tahun.
Murid pra-sekolah tak ada peperiksaan.
Guru kelas pra cuti bersalin.
Kami gilir-gilir masuk ke kelas pra.
Ajar lah apa-apa yang termampu.
Pagi tadi Pak Man masuk, salah seorang daripada mereka dengan spontan menegur Pak Man, "Hai Atok!".
Terkejut , tapi buat-buat selamba.
"Hai!"
Tenguk muka di cermin.
Memang dah layak dipanggil atok.
Kanak-kanak memang tak pandai berbohong.
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Thursday, May 28, 2015
Tuesday, May 26, 2015
Grup WhatsApp
Semalam nombor hp Pak Man telah di addkan ke dalam grup WhatsApp kelas masa SPM dulu.
Pak Man rasa terharu juga lah kerana ada kawan yang masih ingat Pak Man.
Pada mulanya Pak Man jadi pembaca saja. Lama-lama hati mula meronta-ronta nak join sama.
Kenangan masa sekolah dulu jadi segar kembali.
Akhirnya Pak Man menyapa kawan-kawan semua. Siap hantar gambar lagi.
Tapi hanya 4 orang jer yang bersembang dgn Pak Man.
Mana pergi yang lain?
Mungkin mereka sibuk (bersangka baik).
....ke atau mereka dah lupakan Pak Man, atau tak nak layan Pak Man atau memang mereka tak suka Pak Man (setan mula menghasut).
Fudzail, Zul Selamat, Maliki dan Azman Ismail, terima kasih kerana sudi berbual dgn Pak Man walau pun anda dah jadi jutawan sekarang (Pak Man agak-agak lah....tapi rasa-rasanya memang anda semua orang kaya).
Pak Man rasa terharu juga lah kerana ada kawan yang masih ingat Pak Man.
Pada mulanya Pak Man jadi pembaca saja. Lama-lama hati mula meronta-ronta nak join sama.
Kenangan masa sekolah dulu jadi segar kembali.
Akhirnya Pak Man menyapa kawan-kawan semua. Siap hantar gambar lagi.
Tapi hanya 4 orang jer yang bersembang dgn Pak Man.
Mana pergi yang lain?
Mungkin mereka sibuk (bersangka baik).
....ke atau mereka dah lupakan Pak Man, atau tak nak layan Pak Man atau memang mereka tak suka Pak Man (setan mula menghasut).
Fudzail, Zul Selamat, Maliki dan Azman Ismail, terima kasih kerana sudi berbual dgn Pak Man walau pun anda dah jadi jutawan sekarang (Pak Man agak-agak lah....tapi rasa-rasanya memang anda semua orang kaya).
Monday, May 18, 2015
Thursday, May 14, 2015
Dua hari lagi ....Hari Guru.
Guru sibuk merancang
aturcara,
persembahan murid,
hias pentas,
apa nak makan,
berapa kos,
mana nak cari duit,
dan akhir sekali.........
beli hadiah untuk tukar-tukar sesama sendiri.
hahahaha........
Selamat Hari Guru 2015!
aturcara,
persembahan murid,
hias pentas,
apa nak makan,
berapa kos,
mana nak cari duit,
dan akhir sekali.........
beli hadiah untuk tukar-tukar sesama sendiri.
hahahaha........
Selamat Hari Guru 2015!
Monday, May 4, 2015
Sajak Khaidir Ahmad - Sungai.....
Khaidir Ahmad added 3 new photos —
Sungai Pahang... Semakin hari semakin keruh,
Dek keladak debu dan bijih
Hutan di hulu tinggal tunggul
Dek otak yang kian biol
Sungai Pahang...
Semakin hari semakin cetek
Walau pasir disedut tiada henti
Walau untung dikaut sampai mati
Pendalaman sungai tinggal teori.
Sungai Pahang...
Semakin hari semakin lesu
Dek lumpur likat berbau
Dek kerakusan nafsu
Sampai bila tak diketahu.
Sungai Pahang...
Tiada siapa lagi peduli
Orang Kuantan sibuk berjoli
Minum air dari luar negeri
Orang Pekan juga tidak peduli
Bermukim di London
Minum air dari Itali
Sungai Pahang....
Anak sungai menangis
Kerana ikannya pupus
Rakyat pula bakal haus
Dek airnya yang mampus!
@khaidirahmad
Tebing Tinggi, Temerloh.
Friday, May 1, 2015
Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta
Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta, Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar
Info Pasal tayar kenderaan;
1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..
205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..
Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..
Contoh 0514..
Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..
Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..
Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..
Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..
Share Lerrr Kepada Yang Lain....
Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)