Dr Maza dilantik semula sebagai Mufti Perlis
- Mohd Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza memuat naik postingnya mengesahkan khabar angin itu dengan mengatakan ia merupakan lantikan kedua.
SHAH ALAM – Desas-desus sebelum ini yang mengatakan Prof Madya Datuk Dr
Mohd Asri Zainul Abidin bakal dilantik semula sebagai Mufti Perlis,
hari ini terjawab apabila beliau sendiri memuat naik gambar hari
pertamanya mula bertugas di laman sosial Facebook miliknya, sebentar
tadi.
Mohd Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza memuat naik postingnya mengesahkan khabar angin itu dengan mengatakan ia merupakan lantikan kedua.
"Hari pertama memasuki pejabat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis bagi lantikan kali kedua. Pohon doa semua rakyat Malaysia. Pembantu peribadi Mufti boleh dihubungi di talian 04-9794428 dan fax 04-9763844," tulisanya dalam catatan terbaru di laman Facebook.
Mohd Asri, 44, dilantik semula sebagai Mufti Perlis bagi menggantikan Dr. Juanda Jaya yang tamat perkhidmatannya pada tahun lalu.
Sebelum ini, Mohd Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 sehingga November 2008 sebelum digantikan oleh Juanda.
Beliau memiliki ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam Pendedahan Pengetahuan dan Warisan (Al-Quran dan Sunah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2003.
Beliau merupakan seorang penceramah yang sering diselubungi kontroversi antaranya termasuk ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana didakwa menyampaikan kuliah tanpa tauliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang.
Selain aktif dalam perdebatan isu semasa, beliau juga sering memberikan komentar sinis berkaitan isu politik dan agama di negara ini.
Mohd Asri juga telah menulis puluhan buku dan ratusan rencana serta membentangkan kertas kerja dalam pelbagai seminar di dalam negara dan peringkat antarabangsa.

No comments:
Post a Comment