PRU13: Tok Mun Bertanding Lagi Pada Usia 94 Tahun
on
Thursday, 4 April 2013
KUALA TERENGGANU: Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding bagi
kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) apabila
hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk
mendapatkan borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Ini merupakan PRU kedua yang ditandingi oleh Tok Mun selepas tewas pada PRU yang lalu kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi.
Bagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi.
No comments:
Post a Comment