‘Doa la orang selamat...’
Ibunya, Rahmah Mamat, 50, berkata sebelum ini Ahmad Hurairah yang lebih mesra dengan panggilan Era sempat menunjukkan gambar kekasihnya dua tahun lalu dan melahirkan hasrat menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya itu. “Arwah tidak sempat membawa kekasihnya yang berasal dari Bachok untuk bertemu kami sekeluarga kerana dia menerima arahan untuk menyertai operasi di Lahad Datu.
Rahmah berkata, dia mengetahui berita kematian anaknya pada daripada anak sulungnya, Ahmad Hilmi, 28, ketika memasak di dapur petang semalam selepas dimaklumkan dua anggota tentera yang datang ke rumah.
ISMAIL menunjukkan SMS terakhir yang diterima daripada arwah anaknya.
“Saya dimaklumkan arwah maut selepas terkena tembakan di muka. Ketika itu saya tiba-tiba rasa seperti melayang sebelum rebah ke lantai dapur kerana terkejut dengan berita itu.
“Patutlah malam kelmarin saya tidak boleh tidur nyenyak teringatkan arwah kerana rupa-rupanya kami akan kehilangannya buat selama-lamanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
2 comments:
insyaAllah ganjaran yg besar untuk arwah krn mempertahankan negara..
Insya Allah.......
Post a Comment