Ku Li saran bina lebuh raya hubung Bentong dan Kota Bahru
14 Disember 2012
Tengku Razaleigh Hamzah GUA MUSANG - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyarankan kepada kerajaan agar membina lebuh raya yang menghubungkan Bentong, Pahang dengan Kota Baharu, Kelantan melalui Gua Musang.
Beliau berkata ini bagi mengatasi masalah kesesakan jalan utama itu yang sering berlaku pada setiap musim perayaan selain menghindari kemalangan maut.
"Saya percaya kerajaan dapat menimbangkan pembinaan lebuh raya dengan dua hingga empat lorong yang berharga lebih RM3 bilion.
Saya telah menyatakan perkara ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau melawat Gua Musang pertengahan tahun ini," katanya ketika berucap pada majlis Program Sentuhan Rakyat di Balai Raya Kampung Baru Hulu di sini, hari ini.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Gua Musang, berkata jalan utama sedia ada itu wajar dinaik taraf kepada lebuh raya kerana semakin ramai yang menggunakannya.
"Lebuh raya ini kelak akan memberi keselesaan kepada semua pengguna selain menjimatkan masa perjalanan sama ada dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu atau sebaliknya," katanya.
Tengku Razaleigh juga mencadangkan kepada kerajaan supaya menaik taraf Hospital Gua Musang dengan menempatkan doktor pakar bagi merawat pesakit kronik dari Hulu Kelantan.- Bernama
2 comments:
asamkm,
spital tu USM kUBANG KERIAN dok buak po?
dulu dia pun kenyang makan duit negara masa jadi menteri keawangan.. sama je dgn si nuar. canni la sapa naik sumo lupo diri.. sedagha magho angkut
tenkiu bro.
Post a Comment