Sunday, April 8, 2012

Adoiiiii.....kena tuduh lagi.


PENYOKONG Sarawakkah? Atau penyokong Kelantan? Provokasi yang tidak jelas puncanya kini menjadi persoalan walau insiden tersebut masih dalam siasatan pihak berkenaan. Seorang anggota polis FRU cedera parah di muka akibat dibelasah penyokong tuan rumah dalam insiden pergaduhan membabitkan kedua-dua penyokong sejurus selepas perlawanan tamat. Siapa yang memulakan? Siapa pula yang bersalah? Semestiny...a mata kini tertumpu kepada penyokong Kelantan, lebih-lebih lagi pihak media dan badan induk 'kebal' FAM walaupun mereka tahu bahawa kehadiran penyokong Kelantan jauh lebih kecil dari penyokong tuan rumah. Memang mereka sentiasa nak cari salah...

Cuma satu ambo nak berpesan, bila terjadi insiden sebegini, janganlah cepat menuding jari terhadap kami. Memanglah ambo tidak berada di lokasi kejadian tetapi bila timbul hal-hal di luar jangka seperti ini, ambo rasa ambo lebih kenal siapa penyokong Kelantan dan bagaimana hati budi mereka berbanding Presiden Sarawak FA, Datu Sudarsono Osman.... Maafkan ambo Datuk....mentaliti dan sikap kami sudah lama BERUBAH..!!

No comments: