Semasa Pak Man belajar di sekolah rendah dulu, dalam tahun-tahun awal 70 an.......ramai murid-murid perempuan menggunakan bakul rotan sebagai beg sekolah. Percaya atau tidak, itu adalah satu kisah benar..........tak dapat nak dibayangkan kalau budak-budak sekarang disuruh bawa buku ke sekolah dengan menggunakan bakul rotan.
Murid-murid lelaki pula ramai yang guna 'beg kotak'. Itu istilah orang kampung Pak Man lah. Pak Man pun guna beg kotak juga. Tetapi tidaklah semahal seperti yang dalam gambar di atas. Ianya diperbuat drp campuran kertas sahaja. Bukannya kuli............
Setelah beberapa kali kena hujan semasa balik dari sekolah, maka kertas nya akan menggelupas dan akhirnya koyak. Baru Pak Man tahu....ooooooo dibuat daripada kertas rupanya beg kotak aku ini. Semasa tu Pak Man dalam darjah 2.
11 comments:
Saya pun guna beg2 yang Pak Man letak gambar tu.... Bakul rotan tu jugaklah yg arwah mak isi ikan kering kat dapur...hehehe.
saya pun pernah guna beg rotan berbentuk separuh bulatan. kami panggil beg itik.
Suria,
Itu kenangan manis tu......budak-budak sekarang tak rasa semua tu.
Cikgu math,
Pengalaman hidup yang boleh menjadi modal untuk diceritakan kepada anak-cucu.
ambo pakai beg kain hok sangkut tue jah... sekali beli , bulih tahan 4 tahun...
fakta menarik. tok tahu pun sblm ni.
Jebat,
Zaman demo sekoloh tu dah moden doh.......
THW,
Sajo jah nok royat cerito ko anok-cucu.
Pak Man,
Saya merasa pakai bag kotak tu..darjah satu tahun 1977..bangga rasanya!
Hehehe..tak terbayang cemana rupanya kalau budak sekarang pergi sekolah bawa raga rotan..
Pinat,
Sejarah kehidupan kita patut diceritakan kepada anak-cucu. Biar mereka tahu......
salam...pak man, mana saya boleh dapat kan beg kotak sekitar tahun 70an seperti dalam gambar yang pak man post ...asalkan beg kotak 70an dahulu...saya perluka contact mereka yang ada simpan barang2 sekitar tahun 70an.. :)
Post a Comment