ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Saturday, March 31, 2012
Tuesday, March 27, 2012
Saham Bank Rakyat - dividen 20%.
Alhamdulillah...........
Dapatlah Pak Man beli t-shirt Pagoda yang baru.
Semoga Bank Rakyat akan terus untung dan untung selalu.
Friday, March 23, 2012
Dua Orang Budak Al-Falah dapat 8A - Tahniah!
Tahniah kepada semua guru-guru dan semua pelajar SMAAF Batu Talam.
Gambar-gambarnya boleh dilihat DI SINI....klik lah
Pak Man dulu pernah mengajar di sekolah ini.

Thursday, March 22, 2012
10A+...macam mana nak sebut?
Malam tadi dan pagi ini, TV dan Radio semuanya siarkan berita tentang keputusan SPM. Yang Pak Man nak kongsikan di sini ialah tentang pembaca-pembaca berita TV dan radio semuanya menyebut 10A+ sebagai SEPULUH 'A' CAMPUR.
Adakah ini cara sebutan yang betul?....bukan Pak Man yang tanya tapi anak murid Pak Man yang berumur 10 tahun.
"Cikgu ajar kami, tanda '+' disebut' tambah'. Kenapa orang dalam TV sebut 'campur'?.
Sepatutnya mereka kena sebut 10A tambah, bukan 10A campur!.
Kalau cikgu dah ajar kamu 'tambah' , maknanya perkataan itu perlu disebut SEPULUH 'A' TAMBAH.
Cara sebutan orang dalam TV itu tak betul.
Mereka guna istilah lama.

Tuesday, March 20, 2012
Bukan Annuar Musa saja yang buat kenyataan media, ada seorang lagi........dari soccernet.com
Rencana ini Pak Man copy dari soccernet.com
SU Agong FAM juga wajar diheret ke J/K Disiplin
JIKA peraturan FAM menetapkan hanya Presiden yang mempunyai kuasa memberi komen berkenaan skuad kebangsaan, maka Jawatankuasa Disipiln badan induk bola sepak negara itu juga perlu memanggil Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad kerana mengkritik kegagalan skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee pada saingan kelayakan Olimpik.
Azzuddin dilaporkan mengkritik skuad kendalian Ong Kim Swee apabila menamatkan saingan Kelayakan Olimpik 2012 tanpa mengutip sebarang mata.
Azzuddin berkata beliau kecewa dengan kegagalan itu ketika menjawab soalan wartawan Astro Arena pada 16 Mac lalu.
Ia jelas memberi pukulan kepada Azzuddin, kerana kenyataan itu jelas melanggar peraturan FAM itu apabila mengeluarkan kenyataan terbuka mengkritik skuad kebangsaan.
Jika didapati bersalah, beliau boleh dipecat kerana jawatan Setiausaha Agung hanyalah lantikan dan bukan pemilihan pada kongres badan induk itu.
Fokus kini tertumpu kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Taufik Abdul Razak. Apakah beliau akan mengeluarkan kertas pertuduhan ke atas Azzuddin? Integriti beliau diperhatikan pemerhati serta peminat sukan bola sepak tempatan.
FAM sebelum ini menuntut Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa supaya memberi maklum balas terhadap kritikannya sebelum Jumaat ini dan Jawatankuasa Disiplin FAM akan menilai maklum balas itu sebelum dipanggil berdepan jawatankuasa itu pada 29 Mac ini.
Annuar didakwa melanggar peraturan FAM selepas menyatakan keraguannya terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF 2012 pada hujung tahun ini berikutan prestasi hambar skuad kebangsaan dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa.
Mengikut peraturan yang ditetapkan FAM sebagaimana dinyataka, hanya Presiden yang mempunyai kuasa memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.
Kelmarin Annuar Musa berkata: “SU Agong dah buat kenyataan media nampaknya dan saya harap dia tidak dibawa ke Jawatankuasa Disiplin kerana membuat kenyataan media.
“Setahu saya Exco FAM tidak pernah memberi kebenaran kepadanya (Azzuddin) membuat kenyataan akhbar.. Apa lagi mendedahkan detail pertuduhan sebelum ianya sampai kepada saya,”

Sunday, March 18, 2012
Ranking FIFA
Tahun 2002 - 107
Tahun 2004 - 114
Tahun 2005 - 125
Tahun 2012 - 152
menaik ke menurun?
budak sekolah rendah pun tahu.....
tapi kita bangga sebab sekarang ni ramai rakyat pakai jersey .......
kenapa?
sebab nya , dulu jersey tak dijual secara meluas di pasar-pasar malam.
*ini bukan kritikan tapi ini adalah sebuah sajak.
perihal tentang sebuah negeri.

Harimau Malaya harta persendirian
Bila nak lawan, ajak penyokong ramai-ramai ke stadium.
Penonton boleh tengok dan bersorak sahaja.
Komen adalah diharamkan.
Pujian adalah dialu-alukan.
Pegawai-pegawai mesti buat kerja sebagaimana arahan.
Pendapat, saranan, simpannnnnn kemas-kemas.
Di England, pegawai yang banyak beri sumbangan, idea, akan dianugerahkan gelaran SIR.
Di Malaysia, mereka dapat anugerah YES SIR!
Malaysia Boleh!

Friday, March 16, 2012
Balik kampung .
Cuti sekolah, balik kampung 4 hari. Banyak perkara yang telah diselesaikan. Bayar cukai tanah, bayar bil-bil yang ada dalam peti surat, dan bersih rumah yang penuh dengan daun-daun kering.
Setiap malam kami tidur di Bachok kerana mak tinggal sorang. Tak payah lah dia nak berulang-alik tidur rumah anak-anak. dapat lah dia tidur rumahnya untuk dua tiga malam. Rumah mak banyak sangat tikus, berlari-lari depan mata. Pak Man beli getah tikus, malam tu tahan dalam bilik dan di dapur dapat 4 ekor. wah....lumayan. Semoga malam-malam selepas itu akan ada lagi tikus-tikus yang akan kena getah. Mudah-mudahan jumlahnya akan berkurangan.
Kalau ada masa, cuti ke atau apa-apa ke....masa lapang, insya Allah Pak man akan balik lagi.
Saturday, March 10, 2012
Bekal ke sekolah - pulut ikan kering
Semasa Pak Man sekolah rendah dahulu, bila pagi kalau mak masak pulut gaul nyor dan ikan kering goreng, Pak Man akan bungkus sebagai bekal ke sekolah. Bungkus dalam kertas surat khabar beralaskan plastik. Tak ada bekas yang canggih macam budak-budak sekarang, Bila waktu rehat, ajak kawan-kawan makan bersama......mereka belanja Pak Man air sirap sebagai balasannya.
Tuesday, March 6, 2012
Beg sekolah dizaman 70 an.
Semasa Pak Man belajar di sekolah rendah dulu, dalam tahun-tahun awal 70 an.......ramai murid-murid perempuan menggunakan bakul rotan sebagai beg sekolah. Percaya atau tidak, itu adalah satu kisah benar..........tak dapat nak dibayangkan kalau budak-budak sekarang disuruh bawa buku ke sekolah dengan menggunakan bakul rotan.
Murid-murid lelaki pula ramai yang guna 'beg kotak'. Itu istilah orang kampung Pak Man lah. Pak Man pun guna beg kotak juga. Tetapi tidaklah semahal seperti yang dalam gambar di atas. Ianya diperbuat drp campuran kertas sahaja. Bukannya kuli............
Setelah beberapa kali kena hujan semasa balik dari sekolah, maka kertas nya akan menggelupas dan akhirnya koyak. Baru Pak Man tahu....ooooooo dibuat daripada kertas rupanya beg kotak aku ini. Semasa tu Pak Man dalam darjah 2.

Thursday, March 1, 2012
Hari ini 1.3.2012 - Semantan Ulu banjir lagi.
Tak ada hujan, tak ada ribut, tiba-tiba air sungai naik. Maka kami semua terpaksa bergegas memindahkan kereta ke tempat yang lebih selamat.
Program Guru Penyayang.
Seawal jam 7:00 am guru-guru sudah sedia menunggu kedatangan murid ke sekolah.
Guru-guru menunggu sambil berbincang...........semoga tahun ini akan lebih cemerlang bagi SKSU.
Subscribe to:
Posts (Atom)