Tuesday, January 24, 2012

Riuh dalam seminggu.

Tan Sri Annuar Musa:
Rizalhashim dlm blognya mengkritik saya tentang kelewatan sepakmula kel vs pkns kerana menunggu keberangkatan tiba DYMM AL SULTAN..bg saya keberangkatan DYMM SULTAN ADALAH SATU PENGHORMATAN AMAT TINGGI..ALSULTAN ADALAH TIMBALAN YG DIPERTUAN AGONG..SAYA BANGGA DGN SULTAN SAYA..DYMM ALSULTAN BYK BERI DORONGAN KPD SAYA DAN KAFA.MALAH DYMM PERKENAN USAHA KAFA BINA STADIUM DI KB DAN DYTM TG MAHKOTA MENAUNGI ARMY DAN KAFA..KELEWATAN ITU WALAU ADA NEGATIVENYA NAMUN KEBERANGKATAN TUANKU LEBIH BESAR DAN BERERTI BUAT BOLASEPAK..HIDUP BIAR BERADAT..ALSULTAN RAJA KITA!!

Kalau ada yg salah atas kelewatan sepakmula ADALAH SALAH SAYA kerana TUANKU tidak titahkan supaya dilambatkan..namun saya diberitau TUANKU mau solat dulu..MAKA ANTARA ALSULTAN,SOLAT DAN PROTOKOL BOLA,yg mana nak didulukan?SAYA MEMILIH UTK MENGHORMATI SULTAN SAYA DAN SOLATNYA..lagi pun kalau ALSULTAN boleh memberi penghormatan pd bola dgn mencemar duli tanpa PROTOKOL(yg jarang di buat mana2 sultan)TAK BOLEHKAH PENGANJUR BOLA BERI PENGHORMATAN PD SULTAN???

Rizal Hashim dalam blognya pada 24 Januari 2012:

Terlebih dahulu saya merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada Tuanku Sultan Kelantan dan kaum kerabat Tuanku jika surat terbuka saya bertajuk Surat buat FAM dan kawasan sekitarnya disalah tafsir hinggakan ada pihak yang menuduh saya derhaka kepada Tuanku Sultan.


Saya sedikitpun tidak berniat menujukan perenggan itu kepada Tuanku Sultan. Selain menghormati institusi diraja, saya ada kenangan manis dengan Tuanku. Saya bersama tiga lagi sahabat secara peribadi terserempak dan bersalam dengan Tuanku Sultan yang ketika itu Tengku Mahkota Kelantan, di Hotel Grand Makkah ketika sama-sama menunaikan umrah pada bulan puasa, Oktober 2007.

Sebelum pembaca blog ini melontarkan kata-kata nista, mencaci dan mengugut saya, saya ingin mengajak semua berbincang dengan lapang dada dan minda terbuka tanpa perlu menghasut mana-mana golongan berhubung komentar saya mengenai sepak mula pertemuan Liga Super di antara Kelantan dan Selangor PKNS yang lewat selama 33 minit, 13 Januari lalu.
Impak daripada sepak mula di Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dijadual 8.45 malam tetapi bermula jam 9.18 malam, cukup besar.

Antaranya

Boleh baca di BLOG INI

No comments: