Tuesday, January 31, 2012

Pengabaian Bahasa Melayu Terus Berleluasa di Kuala Lumpur.

Pengabaian bahasa Melayu terus berleluasa di KL


Oleh Imlan Adabi

imlanadabi@bharian.com.my

2012/01/31

Bahasa ibunda semakin bersaing untuk dijadikan nama taman perumahan, premis beli-belah

THE Peak, Tivoli Villa, Atmosfera, Vista Millennium, Casa Prima dan Park Avenue bukan di New York, London atau Toronto. Ia sebahagian daripada taman perumahan dan kondominium di Kuala Lumpur yang menyambut ulang tahun ke-38 sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari.
Jangan hairan jika ayah dan ibu dari kampung susah nak sebut nama sesetengah kawasan perumahan kerana sebutannya terlalu aneh dan tidak mencerminkan identiti Melayu.
Barangkali kerana takdir sejarah yang meletakkan Yap Ah Loy sebagai peneroka Kuala Lumpur, maka nama Melayu semakin bersaing dengan nama asing untuk taman perumahan dan bangunan awam.

Kalau ada pun nama Melayu mungkin di kawasan separa tradisional seperti di Kampung Baru, Kampung Abdullah Hukum, Kampung Pandan, Kampung Kerinchi dan Kampung Datuk Keramat.

Kawasan urban dan elit lebih mesra menggunakan nama aneh, mungkin kerana keanehan cara berfikir penghuninya sendiri. Mimpi juga berbeza kerana Wilayah Persekutuan tonggak embangunan negara menjelang 2020.

Jangan salahkan pemaju perumahan yang ghairah menggunakan nama asing untuk taman perumahan. Mereka tidak membuat kesalahan kerana tiada peruntukan daripada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur atau mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melarang penggunaan nama asing untuk kawasan kediaman. Pemaju hanya menjalankan tugas membina kediaman, sekali gus mengaut keuntungan.

Mereka tidak terikat mendaulatkan bahasa Melayu kerana tiada peruntukan berbuat demikian. PBT pula lebih selesa meluluskan projek, hatta di kawasan berisiko di lereng bukit dan tadahan air semata-mata atas nama pembangunan Wilayah Persekutuan. Tidak kisah premis nama Melayu atau tidak, asalkan pembangunan diteruskan.

Sama ada Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan yang semuanya dikelompokkan sebagai Wilayah Persekutuan, tiada peruntukan undang-undang atau akta yang boleh mensabitkan kesalahan terhadap ‘pelanggar’ bahasa Melayu. Sesiapa saja boleh berucap, menulis papan tanda dan memperkenalkan nama jalan dengan nama yang aneh.

Pada 2000, ada segelintir pejuang bahasa Melayu yang melatah penggunaan perkataan ‘presint’ yang diubah daripada ‘precint’ di Putrajaya. Mereka mencadangkan penggunaan nama yang lebih sesuai dengan budaya setempat. Namun apalah yang ada pada budayawan dan ahli bahasa, termasuk juga pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ahli PENA dan GAPENA, kerana suara mereka tenggelam di sebalik keghairahan politik nasional yang lebih mencaturkan kerakusan kuasa dan agihan ekonomi. Pencinta bahasa Melayu sentiasa di belakang dan perkataan ‘presint’ dikekalkan walaupun mengikut mykamus.com bermaksud ‘kawasan terkepung terutama di sekeliling gereja, larangan bagi lalu lintas dalam sesebuah pekan’.

Kamus Dwibahasa terbitan DBP pula menjelaskan ‘precint’ bermaksud ‘ruang yang berpagar (di gereja), batasan sesuatu daerah’.

Pedulikan maksud dalam kamus kerana kehidupan sekarang jarang merujuk kamus, apatah lagi bagi sebuah Wilayah Persekutuan yang menyambut perayaan pada 28 Januari lalu bertemakan ‘Rakyat Bersatu, Wilayah Persekutuan Maju.’

Barangkali demi memenuhi impian kemajuan, penggunaan ungkapan aneh semakin berleluasa. Terbaru laluan pejalan kaki berhawa dingin yang menghubungkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan Bukit Bintang sepanjang 1.173 kilometer dikaitkan dari aras concourse Pusat Konvensyen Kuala lumpur. Tiada ungkapan lain selain concourse?

Sebelum ini kita tidak kisah menyebut nama ‘Jalan Pekeliling’ yang sepatutnya Jalan Berkeliling mengambil ungkapan asalnya ‘Circular Road!’ Sekali lagi, kita tak kisah menggunakan ungkapan salah, seperti juga kita tidak rasa janggal menyebut Kuala Lumpur Sentral, Putra World Trade Centre (PWTC), The Mall, Lot 10 (baca Lot Ten), Ampang Point, Central Market dan bermacam lagi.

Tidak jauh dari Jalan Pekeliling tertera papan tanda di sebuah premis; Ah Fatt tukang jahit wanita. Kita tidak pasti berapa ramai wanita yang sudah dijahit oleh Ah Fatt!

Yang kita pasti nasib bahasa Melayu semakin celaru di buminya sendiri. Ketika kita ghairah mencapai negara maju dan Wilayah Persekutuan sebagai daerah selamat dihuni, kita kekal celaru dan hilang jati diri. Bahasa dan budaya dipersenda, nilai murni sekadar sandiwara dan kita pun kekal dengan prasangka pembangunan, keliru antara angka ekonomi dan nasib marhaen di lorong belakang Chow Kit. Barangkali inilah wajah kita yang terkini!

Wednesday, January 25, 2012

Stadium Sultan Muhammad v.....semoga jadi kenyataan.

 Segala usaha dan langkah-langkah awal telah dibuat dan berjalan lancar.
 Boleh menampung seramai 40000 penonton. Khas untuk bolasepak sahaja.
 Akan dibina di Tunjung.....semoga jadi kenyataan.
Perbincangan dan surat permohonan telah dihantar. Semoga akan mendapat kelulusan secepat mungkin.

Tuesday, January 24, 2012

Riuh dalam seminggu.

Tan Sri Annuar Musa:
Rizalhashim dlm blognya mengkritik saya tentang kelewatan sepakmula kel vs pkns kerana menunggu keberangkatan tiba DYMM AL SULTAN..bg saya keberangkatan DYMM SULTAN ADALAH SATU PENGHORMATAN AMAT TINGGI..ALSULTAN ADALAH TIMBALAN YG DIPERTUAN AGONG..SAYA BANGGA DGN SULTAN SAYA..DYMM ALSULTAN BYK BERI DORONGAN KPD SAYA DAN KAFA.MALAH DYMM PERKENAN USAHA KAFA BINA STADIUM DI KB DAN DYTM TG MAHKOTA MENAUNGI ARMY DAN KAFA..KELEWATAN ITU WALAU ADA NEGATIVENYA NAMUN KEBERANGKATAN TUANKU LEBIH BESAR DAN BERERTI BUAT BOLASEPAK..HIDUP BIAR BERADAT..ALSULTAN RAJA KITA!!

Kalau ada yg salah atas kelewatan sepakmula ADALAH SALAH SAYA kerana TUANKU tidak titahkan supaya dilambatkan..namun saya diberitau TUANKU mau solat dulu..MAKA ANTARA ALSULTAN,SOLAT DAN PROTOKOL BOLA,yg mana nak didulukan?SAYA MEMILIH UTK MENGHORMATI SULTAN SAYA DAN SOLATNYA..lagi pun kalau ALSULTAN boleh memberi penghormatan pd bola dgn mencemar duli tanpa PROTOKOL(yg jarang di buat mana2 sultan)TAK BOLEHKAH PENGANJUR BOLA BERI PENGHORMATAN PD SULTAN???

Rizal Hashim dalam blognya pada 24 Januari 2012:

Terlebih dahulu saya merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada Tuanku Sultan Kelantan dan kaum kerabat Tuanku jika surat terbuka saya bertajuk Surat buat FAM dan kawasan sekitarnya disalah tafsir hinggakan ada pihak yang menuduh saya derhaka kepada Tuanku Sultan.


Saya sedikitpun tidak berniat menujukan perenggan itu kepada Tuanku Sultan. Selain menghormati institusi diraja, saya ada kenangan manis dengan Tuanku. Saya bersama tiga lagi sahabat secara peribadi terserempak dan bersalam dengan Tuanku Sultan yang ketika itu Tengku Mahkota Kelantan, di Hotel Grand Makkah ketika sama-sama menunaikan umrah pada bulan puasa, Oktober 2007.

Sebelum pembaca blog ini melontarkan kata-kata nista, mencaci dan mengugut saya, saya ingin mengajak semua berbincang dengan lapang dada dan minda terbuka tanpa perlu menghasut mana-mana golongan berhubung komentar saya mengenai sepak mula pertemuan Liga Super di antara Kelantan dan Selangor PKNS yang lewat selama 33 minit, 13 Januari lalu.
Impak daripada sepak mula di Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dijadual 8.45 malam tetapi bermula jam 9.18 malam, cukup besar.

Antaranya

Boleh baca di BLOG INI

Thursday, January 19, 2012

Peluang pekerjaan di Mekah.

Tukang masak untuk masakan Melayu diperlukan di Hotel Safwah Mekah. Pengalaman 5 tahun dan ke atas. Anda berminat?.
Boleh rujuk Blog PDKM

Saturday, January 14, 2012

Liklas-liklas serupo oghe nok pitah aye.

Sebahagian daripada mereka akan digantikan dengan pemain baru dalam masa sebulan.
Abe Wa tengah cari pitih.

Wednesday, January 11, 2012

Demi Masa.

Subject:'DEMI MASA' manusia selalu terlupa


1hari  = 24jam

Satu TAHUN ?

12 Bulan

52 Minggu

365 Hari

8760 Jam

525600 Minit

31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

< 60th

> 70th

60th - 70th

(65th)



Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)

Puratanya manusia meninggal ± 65 th

"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"

Laki-laki Baligh ± 15 tahun

Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:

50 tahun =

18250 hari =

458000 jam

12 jam siang hari

12 jam malam hari

24 jam satu hari satu malam



Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama..... ....!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....



Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:

18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja di fujitsu , sonfuat , skp atau bercinta dgn operator sendiri, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliahkat uthm,

ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.



Waktu rehat ± 4 jam

Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".

Maut datang menjemput tak pernah bersahut,

Malaikat datang menuntut untuk merenggut,

Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,

Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,

Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..

Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?

Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "



Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !

Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...

Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?



Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam

Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun



Kesimpulan:waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!

Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....

itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa- dosa kita selama 50 tahun;

dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris hati orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang

selalu bergelumang dosa...


Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......



Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!

Ingatlah negeri kita...Akhirat

TAMAT

"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"

"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

Sunday, January 8, 2012

Komen-komen dari rakan Facebook TSAM selepas kekalahan...

Apa kata peminat TRW setelah kalah......klik dan baca:
Blog Penyokong The Red Warriors: Komen-komen dari rakan Facebook TSAM selepas kekal...: Komen TSAM selepas perlawanan dengan NEgeri Sembilan : Tan Sri Annuar Musa Saperti yg sy janglakan PERMAINAN YG SENGIT DAN IMPOT NS JADI...

Saturday, January 7, 2012

TRW diberi layanan 6 bintang.

Tinggal di hotel 6 bintang. Harap-harap malam ini mereka tunjukkan persembahan yang bertaraf 6 bintang juga lah..........
Semoga TRW akan mengekalkan Piala Sumbangsih.
Kalau menag Alhamdulillah.
Kalau kalah, jangan putus asa, cuba lagi.

Friday, January 6, 2012

Tahun Baru - Dapat rumah baru!

 Sudah sekian lama mereka tinggal di rumah sewa. Akhirnya dapat tinggal di rumah sendiri. Banglo RM 200 000. Mestilah sukaaaa.

Jaga gol molek-molek.
Jaga perangai juga biar molek.

Monday, January 2, 2012

Jersi Baru 2012

Kalau main tempat sendiri pakai yang ini.

Kalau main tempat lawan pakai yang ini.

Sunday, January 1, 2012

Alhamdulillah.

Alhamdulillah
panjang umur
masih bernafas lagi
sempat juga
menyedut udara
2012