Gambar di atas Pak Man ambil tahun lepas(2010). Tempatnya di depan SK Mahmud Raub. Boleh dikatakan hampir setiap bulan ada kemalangan berlaku di sini.
Dunia ini ibarat roda. Semalam hari orang dan hari ini hari kita pula.
Semalam, semasa balik dari sembahyang Jumaat Pak Man ditimpa kemalangan di tempat tersebut.
Semasa hendak membeluk ke kanan(Taman Abu Bakar), Pak Man berhenti di tengah-tengah.(untuk pengetahuan: Pak Man naik motor).
Ada banyak kereta dari arah hadapan, jadi lama lah sikit kena tunggu.
Tiba-tiba datang sebuah motor dari arah belakang yang dipandu laju memotong sebuah bas lalu....gedegangggg! langgar motor Pak Man.
Pak man terjatuh atas jalan. Motor tercampak. Mat motor tersebut juga terbaring atas jalan.
Dalam sekelip mata saja ramai orang datang berkumpul.
Pak Man hanya sakit di bahagian bahu. Seluar koyak sikit di punggung.
Mat motor tersebut patah jari kaki.
Dia minta maaf dan akan bayar semua kerugian yang Pak Man alami.
Pak Man maaf kan dia.
Dua jam selepas itu ayah dia datang kerumah meminta maaf.
Pak man maafkan.............
16 comments:
ALhadulillah,Pak Man tak apa2
Salam Pak Man,
Kadang2 kita dah berhati-hati tapi takdir Allah siapa yg tahu...
Alhamdulillah Pak Man tak apa2 sangat, tapi motornya mcm mana??
lina,
Alhamdulillah.......
tq.
Ibu,
Alhamdulillah.......
Motor hantar repair, kena RM 37 ringgit saja.
laaa... alhamdulillah pakman tak cedera..
pakman,
alhamdulillah pakman terselamat.
2 punca utama kemalanan:
keadaan tidak selamat, perbuatan/sikap tidak selamat.
airbag, topi keledar, tali pinggang keledar hanyalah utk mengurangkan impact kemalangan.
PM,
alhamdulillah PM tak cedera..tp nak senangkan hati, pergi la juga check-up d klinik/hospital..
Alhamdulillah Pakman..
semuga selamat semuanya..
Alhamdullilah , semoga pak man sihat..
mulan,
Terima kasih.........
Cikli,
Terima kasih.........
sally,
Terima kasih.......
Sudah pergi hospital. Cucuk sejarum. Doktor kata tak ada apa-apa.
pinat,
Terima kasih..........
endiem,
Terima kasih......
harap Pok Mae tak dok gapo gapo...
sakit tu sokmo nyo , sari duo lepah tu baghu sero
pB,
Terima kasih.......
Post a Comment