Wednesday, January 26, 2011

Gam nasi - lama sungguh bertahan.

Siapa pernah guna gam seperti dalam gambar di atas.....angkat tangan. Kalau nak angkat mouse pun boleh.
Pak Man guna gam ini dari zaman sekolah rendah sampai sekarang.
Lama betul keluaran syarikat ini bertahan. Mungkin sezaman dengan 'minyak cap kapak' ataupun 'pil che ki teck aun cap burung raja wali dan menara kuil'. Ini semua barang-barang lama yang masih bertahan hingga sekarang.
Kalau zaman sekolah rendah dulu Pak Man pakai kasut 'Fung Keong'. Masa tu ada selipar jepun Fung Keong dan juga tayar motor Fung Keong, tapi sekarang sudah tiada lagi...........
Minyak rambut 'Madubala' pun sudah tiada di pasaran.

22 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Man,

Dari zaman saya dah ada dah tu...hahaha.

Sezaman dengan minyak Cap Kapak tu ada minyak Geliga...tapi yang itu dah tak de lagi dah kan?
Minyak rambut Brylcream pun lama juga tu kan?

faraulah said...

ada lagi ek gam ni.... :D

Tepi Sungai Batu said...

Zabs,
Minyak geliga........ada gambar keris kan?
lama menghilang, sibuk ke?.

Tepi Sungai Batu said...

faraulah,
Ada.............harganya 20 sen.

lina said...

x pernah Pak Man.

Gam kanji buata sendiri pernah lah. hihi

lina said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aza ni said...

salam pak man
kalau gam ni ada yang tong kecil bulat siap dgn penyapu nya....masih ada di kedai kedai buku..

PINATBATE said...

dah lama tak nampak gam ni..

iNtAn sUfiNaz said...

pak man...
intan pun penah merasa guna gam tu...
tp mungkin sekejap jer sbb lepas tu dah ada mcm2 keluaran gam...

endiem said...

sekarang bukan gam nasi tapi dah ada nasi briani gam pulak..

Tepi Sungai Batu said...

lina,
Gam kanji buatan sendiri lagi power.......

Tepi Sungai Batu said...

Azani,
Haha...yang tu lagi antik.

Anonymous said...

salam ziarah

kita dodulu ada guna gam tu... mmg tahan lama... kadang2 kalau dah abis guna mak buat guna tepung beras... janji lekat kan... :) ~

Tepi Sungai Batu said...

Pinat,
Di tempat Pak Man ni ada jual lagi.
-----------------------------------
In_finaz,
Mungkin di bandar dah tak jual dah.....tapi di kampung ada lagi.
-----------------------------------
Endiem,
Hahaha.....gam yang itu memang sedapppppp.

Tepi Sungai Batu said...

manje,
Nampaknya anda lagi kreatif......
tq kerana sudi singgah blog ni.

Anonymous said...

hehe gam ni dah lama tak nampak arr...mmg saya guna masa kecik2 dulu tapi lagi suke kalo mak yg buatkan dr tepong kanji ahaks!

KC

Tepi Sungai Batu said...

KC,
Terima kasih kerana kongsi pengalaman.

Sekilas Pandang said...

Kilang kasut Fung Keong ada lagi di klang tu. tp gak xtahu beroperasi ko dok.

Neeza Shahril said...

masa kecik selalu guna.. dan neeza pernah buat sendiri pun.. beli kanji.. boh dalam air.. pas tu panaskan! ;)

zul permatang badak said...

....masih ingat gam pokok getah...susu getah....buat tampal tiub basikal.....buat wau pun bolih...cara mana pun usaha....untuk cari yang percuma......haaaaa satu lagi....gam sagu.....potong pelepah sagu.......

Janna Wan Muhammad said...

pak man..saya pon penah pakai gam ni pak man,muroh jah pulok tu..

Tepi Sungai Batu said...

Sekilas Pandang,
Neeza Shahril,
Zul Permatang Badak,
Janna W Muhammad,

Terima kasih banyak-banyak........