Minggu lepas Pak Man naik bas (Pahang Len Seong) dari Batu Talam ke Bandar Raub(22km).
Sepanjang perjalanan itu hanya Pak Man seorang sahaja penumpang bas tu.
Tak ada seorang penumpang pun yang naik.
Perjalanan 30 minit tu hanya Pak man dan driver bas sahaja.
Kami berbual-bual tertang pelbagai tajuk.
Dia kata, hanya pada waktu pagi dan tengah hari sahaja bas ni penuh dengan budak sekolah.
Orang kampung semua dah beli kereta.
Harga getah mahal. Ada seorang jiran Pak Man baru beli kereta Wira (2nd hand) , dia bayar cash...........
"Hutang-hutang tak main lah". katanya.(bunyi macam ada 'riak' lah pulak Pak Cik ni).
"Bukan macam orang kerja kerajaan, beli kereta, rumah semua nya hutang".
Aduhhhhh.......terasa menusuk ke kalbu.
23 comments:
berapa tiket bas for a 3o mins ride tu pakman?
Pp,
Tiketnya RM2.40 sahaja.
Murah..........
hahaha... pakcik pakai cash. sy pun dah lama tak naik bas tu. anak2 nak jugak try tp sy yg tak kasik...
mahal tu! 30 min = RM2.40
jika KL TO KB = 8 jam = 2.40*16= DEKAT RM40.00, hampir sama tiket Air Asia~!
Shiela,
Sekali-sekala boleh cuba.
Best juga, bunyi nya gekgek...gekgek....tingkap longgar.
Pp,
Mahal ke?
patut la org kampung tak naik.
Sama dengan tambang kapal terbang.
Tn Hj PM,
Salam
X sangka bas kampung pun pakai mesin tiket..klu tidak Tn Hj pun ada seorang pengawal peribadi selain pemandu peribadi!
Ahj
Tn Ahj,
Mesin tak reti sorok duit, kalau manusia......ada saja cara nak songlap duit.
Tq.
haha...mmg tajam menusuk
huhuhu..kesian orang kerja kerajaan kann..
Salam Pak Man huhu menusuk ke kalbu jugak...nak buat macam mana rezeki masing2...jgn kita yg takbur sudahlah..
Senyum je Sally bc n3 nih..kalbu Sally pon tertusuk juga dlm bab2 berhutang tu..huhu
anonym....
memang tajam........
pinat,
Sudah nasiibb......
Hanis,
Betul tu....jangan takbur.
Sally,
Buat tak tahu saja.........
Pak Man, sekarang baru la saya faham kenapa boss-boss dan orang2 kaya selalu pakai pemandu peribadi. Seronok rupanye...dulu dok terfikir apa la depa ni kereta mahal2 bagi org lain bawak.
SOT,
Best.......boleh try lah sekali.
Pak Man,
Majoriti orang sekarang dah terperangkap dengan hutang credit card.
faatip,
Betul tu.....kalau boleh cuba jauhkan diri dari kad itu.
:) :) :)
cara diaorang tu nampak ja cam riak, tapi tak sebenarnya.. jujur sangat tu
terbaeekkk!!!!
singgah dari mknace unlimited
Mknace,
Mungkin juga..........tq.
Post a Comment