Sunday, December 26, 2010

Rakyatnya beratus juta orang, tapi tak tahu main bola. Kesihaaaaannnn.

Tersebut lah kisah sebuah negara yang mana rakyat nya ada beratus juta orang. Negara nya sungguh besar. Pulau nya ada berpuluh ribu. Tapi sayang , bila nak tubuhkan pasukan bola sepak terpaksa cari pemain dari Amerika Latin. Kesihaaaaan. Jurulatihnya pun dari luar, kesihaaaaan.
Tapi Malaysia negara yang kecil, rakyatnya hanyalah seramai 27 juta orang. Main bola .....oohhh pandai sekali. Tak payah cari dari luar. Rakyat sendiri berlambak-lambak yang pandai main bolasepak. Sehinggakan susah nak pilih yang mana satu sebagai pemain negara.
Juru latih?....tak ada masalah. Melayu ada, Cina ada, India pun ada. Pilih saja nak yang mana. Jurulatih luar?.....ishh, buat apa.........buat malu saja.
Rakyat Malaysia semua minat bersukan. Masa lapang kami isikan dengan kegiatan berfaedah . Kami tak ada masa nak berdemontrasi , berarak ke kedutaan negara orang. Baling N---s, uish.....kami tak buat kerja macam tu.
Selamat berjuang HARIMAU MALAYA.

10 comments:

transformed housewife said...

SALAM PM,
Mitok2 la Msia mene mlm ni. Gere ko Indon hok sokmo agah tok bertempat.

Tepi Sungai Batu said...

THW,
Pak man rasa Malaysia Mene 2 - 0.

Cikli said...

pakman,

yang duduk di malaya berapa juta?

Ibu Sayang said...

Salam Pak Man,

Alhamdulillah....doh terjawab doh.(3-0) Tunggu 29 hb ni pulok lah di Stadium Bunggg Karnooo.

Krafdunia Design said...

Salam Pak Man,

Saya ada di stadium, Syukur Malaysia menang sbb semangat dan kerajinan (tak tunggu bola) tapi skill masih muda lagi. Skill pemain Indonesia nampak lebih baik cuma tak terlawan kerajinan dan lasak pemain kita.

Cuma sedih dengan penyokong, ada yg tembak laser hijau kat mata penjaga gol Indonesia, bakar bunga api warna merah, lontar bunga api dan mercun dalam padang, bom asap, lontar botol air dan tisu...ish ish ish

Sally said...

Salam PM,
semoga kecemerlangan d teruskan di tanah seberang nnt..

Tepi Sungai Batu said...

Cikli,
Yang ada di Malaysia ni tahu jolok buah sawit jah.......

Tepi Sungai Batu said...

Ibu,
Di sana nanti kita bertahan cukup lah..........

Tepi Sungai Batu said...

naha,
Kalau Liga Super, tuan rumah kena denda macam Kelantan selalu kena. Jadi yang ini FAM patut kena denda. Jangan sedap denda persatuan negeri saja. Bila FAM sendiri jadi tuan rumah kenapa benda tu berlaku juga?????.
Datuk Azuddin sila jawab........

Tepi Sungai Batu said...

sally,
Insya Allah Malaysia Boleh !!