Burj Al-Haram 2, tempat tinggal kami semasa berada di Makkah. 700 m dari Masjidil Haram. 20 minit jalan kaki. Balik 30 minit, kerana naik bukit.
Makanan yang disediakan oleh TH Global. Pisang montel.....tapi dari Filipina.
Ada orang kata, tak sedap. Tapi bagi kami, biasa saja. Kami makan saja apa yang diberi. Tak banyak komplen.
Sarapan pagi kena beli sendiri. Kafe TH Global di tingkat 2. Nasi impit 2 Riyal, Karipap 2 biji serial. Apam bakar seriyal sekeping. Laksam pun ada dijual, tapi rasa nya tak berapa ummph. Kuahnya kurang ikan.
Air kena masak sendiri. Gula 5 Riyal sekilo. Kalau malas masak, boleh minum saja di kafe. Kami berdua bentang tikar depan pintu bilik, sarapan dan makan tengah hari serta malam sama-sama.
4 comments:
rindunya nak kembali memijak kaki kesana....
Alhamdulillah...semuanya selamat pakman.
Salam Pak Man,
Makan aje apa yg diberi, semuanya rezeki Allah taala, jgn byk komplen. Sentiasa bersyukur....
cikgu math,
Alhamdulillah............
Ibu,
Yessss......sentiasa bersyukur.
Post a Comment