Wednesday, August 11, 2010

Puasa Orang dulu-dulu.

Masa dulu-dulu bila bulan puasa , petang-petang akan ada orang jual air batu keliling kampung dengan basikal. Air batu diletak dalam tong kayu. Letak dalam timbunan habuk gergaji kayu. Bila kita nak beli, penjual akan potong dengan gergaji.
Bila kita dah beli, takut cair, kita akan lumur air batu dengan habuk kayu dan balut dengan kertas surat khabar cina. Lepas tu kebumi tanam dalam tanah. Terpaksa beli awal-awal kalau tidak tak dapat.
Dah dekat waktu berbuka baru gali, basuh dan ketuk .
Bayangkan betapa susah nya orang dulu-dulu nak berbuka dengan air batu.

20 comments:

kucingorengemok said...

salam pak man, tumpang singgah :)

syok baca pengalaman orang puasa dulu²... orang skrg senang, semua beli!

Achu Tra said...

Pok Mae.. oghe dulu2 meme sabar & "cool" jah belako...
Selamat Berpuasa Pok Mae...jangae dok minum air batu sangat...nati sakik oghak...

Hanis MY said...

Pak Man selamat berpuasa...

Tepi Sungai Batu said...

kucingorengemok,
Terima kasih kerana sudi singgah.
Selamat berpuasa.

Tepi Sungai Batu said...

Ach Tra,
Hahahaha......sakit oghat......sungguh tuu....
Selamat Berpuasa.

Tepi Sungai Batu said...

Hanis MY,
Selamat Berpuasa......tq.

Diarihatiku1976 said...

selamat berpuasa.. jgn lupa add saya ekkk..

Anonymous said...

Кстати, не зря блогоньюс называется местом для сбора всего самого интересного. [URL=http://blogonews.net]Интересное онлайн[/URL] - безусловно верное название для этого ресурса.

endiem said...

bahasa apa kat atas te..

Air batu dulu isi dalam flask besar..boleh tahan sampai sahur juga.

Ibu Sayang said...

Salam Pak Man,

Ibu sempat air batu salut abuk kayu tu..masa tu lam darjah 6. Lepas asar berebut pergi beli. kalau lambat x dapat. La ni ais melambak di kedai runcit.

transformed housewife said...

ado dengar cerito pasal air batu ni dr muloh Tok dgn Mek ambo.

Nin said...

Salam. Ternganga baca... never knew this, esp. tang part tanam dalam tanah. When I was a student overseas, pernah buat kerja tanam ayam dalam snow sbb fridge tak muat *lol*

Tepi Sungai Batu said...

Diarihatiku1976,
Insya Allah........tq.

Tepi Sungai Batu said...

Anonym.......
kdwjdmmviitum v&%432llm,./"[[;dmmtkom,..;;llmmg mm.
TQ.

Tepi Sungai Batu said...

endiem,
Entahlah bahasa apa......Pak Man pun tak faham. Tapi jawab tetap jawab......

Tepi Sungai Batu said...

Ibu,
Itu semua pengalaman ..........sangat berguna .

Tepi Sungai Batu said...

THW,
Cerita dari orang-orang lama sangat berguna sebagai pedoman. Walaupun kadang-kadang rasa macam tak masuk akal.

Tepi Sungai Batu said...

Aznin,
Tq kerana sudi singgah blog Pak Man. Snow tu tak boleh ke buat ABC?.

Zaki said...

Kawe pernah jadi penjual air batu tu..naik basikal keliling kampung...kenangan dan pengalamang.

Tepi Sungai Batu said...

Zaki,
Nostalgia..........tapi loni demo dah hidup senang.....Alhamdulillah.