Manusia memang tak ada ekor. Akan tetapi ramai yang suka tikam ekor. Mereka akan bergembira kalau 'kena ekor'.
Tok Guru kata, kalau kita tak pergi sembahyang Jumaat 3 kali berturut-turut, kita akan tumbuh ekor.(kiasan nya begitulah).
Ramai diantara kita suka sangat makan sup ekor.
Kalau orang guna penjodoh bilangan 'ekor' kepada diri kita sudah tentulah kita marah. Jadi buat perangai tu baik-baik lah sikit, jangan sama dengan makhluk yang ada ekor.
Lagi satu.....saman ekor......semua orang marah, sampai kena bawa berbincang dalam mesyuarat kabinet.
12 comments:
ekor bermacam ekor
ada ekor panjang ekor pendek ekor katik macam macam ekor..main nombor haram
makan sup ekor...wah sedap juga kan...dulu dulu kat taman suria jaya cheras ada pak cik jual sup ekor..sedap sup tu tambahan plak kalau pak cik bagi makan free hahahahhaa
Salam Pak Man,
Tikam ekor??? haram tu..
Sup ekor? Sedap bangat!
Saman ekor...ibu paling takut!
Saman ekor saya dh bertahun2 tak dibayar sbb bukan saya punya salah... hehehhe
Fid,
Sup ekor free memang sedappp.
Ibu,
Saman ekor........halal.
Tikam ekor........haram.
Sup ekor..........harus.
Echam,
Selalu sangat tersalah saman.......kena tukar nama lain lah pulak.
Setuju Pak Man! pernah beli barang kebetulan jumlah harga tu nampak cun, terus penjaga kounter tu oyak, oo nombor cantik ni mesti naik.. ish2..ke situ pulok...
Dulu ramai orang berekor. Kat kepala..
tajuk ekor pun PM bulih royak mcm2. Best idea2 PM ni.
Hanis,
kalau otak tu dah berlumut dengan nombor-nombor ekor, sudah tentulah asyik dok fikir ke situ saja......
Pok Him,
Mereka semua tu terliur nak jadi makhluk berekor........
THW,
Saja nak asah otak..........tq.
Post a Comment