Monday, June 7, 2010

Aku Tak Masuk Universiti.

Buku di atas adalah merupakan tulisan terbaru Fudzail(kawan sekelas Pak Man semasa di Ting.4 dan Ting.5). Buku ini akan dilancarkan tak berapa hari lagi di Kuala Lumpur.
Fudzail sekarang ni menetap di Dubai( sudah lebih 10 tahun dah).
Walau pun Fudzail ni adalah seorang konsultan dalam bidang IT tapi sangat berbakat dalam bidang penulisan. Itu adalah anugerah Allah terhadap beliau.
Sebelum ini beliau sudah menulis beberapa buah buku, cerpennya selalu keluar dalam akhbar, begitu juga puisi.
Kali terakhir Pak Man jumpa beliau ialah pada tahun 2009 yang lalu semasa beliau balik bercuti.
Pak Man harap anak-anak semua akan beli buku ini. Ia mengisahkan tentang kehidupan anak-anak Melayu yang belajar di New Zealand dalan tahun '80 han. Sekarang ini mereka semua sudah berjaya dalam kehidupan, ada yang jadi Timb.Menteri , ada yang jadi MP pembangkang, dan berbagai lagi.
Pak Man juga sedang dalam proses mengumpul bahan untuk menulis buku pertama Pak Man. Pak Man harap Fudzail akan sudi membantu Pak Man dalam projek ini.
Untuk sementara waktu, tajuknya adalah "Aku Tak Masuk Universiti".

7 comments:

Masayu Ahmad said...

salam pak man

semoga pak man sukses untuk menulis, saya ada melihat cover buku ini semasa ke pejabat Oasis, tidak sangka pula sahabat pak man

dunia ini kecil sahaja ;D

Daun said...

daun akan beli, nanti minta pak man autograf

nj said...

Pak Man...

saya dah lama tak singgah blog Sdr Fudzail tu...dah keluarkan buku pula ye... nak beli kat mana? Msia?

Untuk Pak Man pula, selamat menulis...dah siap kabor deh...nak baca gak...

Tepi Sungai Batu said...

Masayu Ahmad,
Terima kasih atas doa tersebut. Projek ini entah jadi atau tidak belum pasti lagi. Tapi sesuatu projek yang besar itu harus bermula dengan angan-angan.
Kalau sudi anda pun boleh bantu juga.Anda juga seorang penulis kan.....
Terima kasih.

Tepi Sungai Batu said...

Daun Bidara,
Terima kasih.....kihkihkih.

Tepi Sungai Batu said...

nj,
Buku tersebut belum dilancarkan lagi. Fudzail kata dalam masa terdekat........
Pak Man baru angan-angan......

Guru said...

kalau keluar buku pak man.. saya nak satu. booking awal2... kena sain autograf ya