Thursday, March 18, 2010

Kopitiam, Bersih......tak semesti nya HALAL.

Kopitiam yang mempunyai sijil halal boleh dikira dengan jari. Yang pelik nya, orang Islam berpusu-pusu pergi minum dan lepak di kopitiam-kopitiam ini(maksud Pak Man ialah kopitiam kepunyaan orang bukan Islam).
Tuan-tuan punya kopitiam ini sendiri mengaku yang mereka tak nak memohon sijil halal dari JAKIM kerana banyak perkara yang terpaksa mereka penuhi. Kalau mohon pun sudah tentu tak dapat, jadi lebih baik tak payah.(Pak Man baca Sinar Harian Khamis 18 Mac 2010, tulisan Abd Jalil Ali-dari menara KL). Ini memang sah lah tak mengikut ketetapan yang dituntut oleh Islam.
Pak Man rasa tuan punya kopitiam tersebut tak kisah nak dapatkan sijil HALAL kerana tanpa sijil tersebut pun kopitiam mereka sentiasa penuh dengan pelanggan, samada yang Islam atau bukan Islam.
Kalau pelanggan yang beragama Islam sendiri tak kisah dengan sijil halal ini, apa lagi tuan punya kopitiam yang bukan beragama Islam.
Pak Man pernah tanya kawan-kawan yang selalu minum di kopitiam ini, "Apa yang special nya sangat kopitiam tu?"
Mereka kata makanan dan minuman nya sedap serta kedai nya bersih.
Pak Man nak ingatkan kepada semua anak-anak, "Bersih Tak Semesti nya HALAL".

12 comments:

dinsblog said...

Alhamdulillah lah... aku tak suka minum kopi nie..jadi tak la kemaruk dengan kedai kopitiam-kopitiam yg tengah tumbuh mcm cendawan skrg ni.

Tepi Sungai Batu said...

din,
Bagus lah tu.......
Tenkiu.

endiem said...

setuju, dengan tajuk n3 pak man.

Unknown said...

betul pakman... bersih blum tentu halal..sy pun tidakler kemaruk sgt kopitiam nie..lebih baik jemput kengkawan berkoptiam di rumah sendiri.. jemput ke rumah nanti yer pakman..hikss:)

shiela
dubai

UmiKalthumNgah said...

Assalamualaikum PakMan Laksam,

Terima kasih berkunjung ke blog saya serta meninggalkan jejak.

Ya! Saya sangat setuju dengan apa yang PakMan Laksam katakan itu...

Masakan tidak ada kopitiam milik orang Islam...baru-baru ini saya ke HUSM, Kubang Kerian. Seronok saya singgah ke kopitiam D' Klasi yang betul-betul setentang dengan kampus kesihatan USM itu.

Saya tanya, milik siapa, katanya milik orang kita. Semuanya dibuat sendiri -rotinya, serikayanya...

Saya minta dia kembangkan ke negeri lain...kata tuanpunya, "Perlahan-lahan nanti..." dia senyum memanjang...

Saya balas, "Saya akan menanti kalau ke Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang..."

Jeff Syiru said...

Pakman.. saya antara peminat setia kopitiam... seminggu paling kurang 3kali saya akan lepak2 kat kopitiam... tp kopitiam org kita saja... lagi pun saya kat miri ni kalo bukan kedai org kita mmg tak berani nak jejak... was2 lebih 60% hehehhe...

Tepi Sungai Batu said...

endiem,
Terima kasih banyak-banyak.

Tepi Sungai Batu said...

Jebat & Shiela,
Bagus tu.........InsyaAllah kalau panjang umur, ada rezeki, akan sampai nanti.

Tepi Sungai Batu said...

Dr.Umi Kalthum Ngah,
Terima kasih banyak-banyak. Harap-harap akan berkembang lah kopitiam orang kita itu.

Tepi Sungai Batu said...

Jeff,
Bagus tu......
Halal - haram tak boleh buat main-main.

transformed housewife said...

Ambo pun tok berehi minum kopi. dahla kopitiam tu harga minuman dan mknannya mahal2 lg la sy tak minat. tapi mmg betul BERSIH TAK SEMESTINYA HALAL.

Tepi Sungai Batu said...

THW,
Timo kasih banyok-banyok.