ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Wednesday, March 31, 2010
DIY - Bendera Sukan Olympic

Tuesday, March 30, 2010
Lastik
Monyet suka makan buah, kalau sikit-sikit tu ,kira sedekah saja lah. Tapi kalau habis satu pokok dikerjakan nya, itu dah dikira melampau!. Yang macam tu lah yang Pak Man marah.
Tupai pula, kalau musim durian memang kerja dia lah menebuk buah durian. Durian kalau dah kena tebuk oleh tupai, memang tak berguna satu sen pun.
Buah kelapa juga tupai suka. Kalau hari-hari mereka dok tebuk......mana boleh jadi. Sekali-sekala kena lastik juga lah.
Satu lagi, bila malam-malam ada bunyi macam orang merayau-rayau di belakang rumah, jika Pak Man tanya 3 kali tak jawab, yang itu pun Pak Man akan lastik juga.
Monday, March 29, 2010
Selesai lah sudah...
Friday, March 26, 2010
Buah Ara.

Ada seorang pak cik selalu datang memetik buah ara yang sudah masak dan dibawa balik.
Pak Man tanya, "Nak buat apa dengan buah tu?"
Dia jawab, "Nak bagi makan kepada burung."
"Ingat kan nak makan atau buat bahan masakan." Pak Man saja nak buat panjang cerita.
"Eh...ada orang makan buah ni, di buat gulai dengan daging. Potong macam dadu dan campurkan dengan daging. Lepas tu masak gulai kawah. Ini bagi majlis kenduri lah. Nak jimatkan daging, dalam satu hidangan tu adalah dua tiga ketul daging, yang lain tu buah ara. Kenduri orang miskin.......orang kaya tak buat macam tu."
"Buah ara jenis ini ke yang jenis lain?."
"Entah lah saya pun tak pasti."
Bertambah pengetahuan am Pak Man. Lepas ni, kalau ada masa, Pak Man rasa nak cuba masak gulai kawah ni.
Wednesday, March 24, 2010
28 Mac 2010 - Ahad , semua dijemput hadir.

Tuesday, March 23, 2010
Natang Yahu aku benci pada mu!
Grrrrrrrr !!!!
.
.
.
Grrrrrrrr !!!
.
.
.
.
Grrrrrrr !!!!!
.
.
.
Bila mu nak kena telan ke bumi???
.
.
.
Grrrrrrrr !!!
.
.
.
.
Grrrrrrr !!!!!
.
.
.
Bila mu nak kena telan ke bumi???
Sunday, March 21, 2010
Alhamdulillah! Hujan rahmat.
Thursday, March 18, 2010
Kopitiam, Bersih......tak semesti nya HALAL.
Kopitiam yang mempunyai sijil halal boleh dikira dengan jari. Yang pelik nya, orang Islam berpusu-pusu pergi minum dan lepak di kopitiam-kopitiam ini(maksud Pak Man ialah kopitiam kepunyaan orang bukan Islam).
Tuan-tuan punya kopitiam ini sendiri mengaku yang mereka tak nak memohon sijil halal dari JAKIM kerana banyak perkara yang terpaksa mereka penuhi. Kalau mohon pun sudah tentu tak dapat, jadi lebih baik tak payah.(Pak Man baca Sinar Harian Khamis 18 Mac 2010, tulisan Abd Jalil Ali-dari menara KL). Ini memang sah lah tak mengikut ketetapan yang dituntut oleh Islam.
Pak Man rasa tuan punya kopitiam tersebut tak kisah nak dapatkan sijil HALAL kerana tanpa sijil tersebut pun kopitiam mereka sentiasa penuh dengan pelanggan, samada yang Islam atau bukan Islam.
Kalau pelanggan yang beragama Islam sendiri tak kisah dengan sijil halal ini, apa lagi tuan punya kopitiam yang bukan beragama Islam.
Pak Man pernah tanya kawan-kawan yang selalu minum di kopitiam ini, "Apa yang special nya sangat kopitiam tu?"
Mereka kata makanan dan minuman nya sedap serta kedai nya bersih.
Pak Man nak ingatkan kepada semua anak-anak, "Bersih Tak Semesti nya HALAL".

Wednesday, March 17, 2010
Biji getah.

Kami akan guna kan nya untuk main congkak dan juga untuk main 'pelaga buah getah'. Cara pelaga buah getah ini ialah.....satu diletakkan diatas dan satu lagi di bawah, lepas tu ketuk dengan tangan. Yang pecah akan dikira kalah.
Ada beberapa jenis buah getah ni, ada jenis 'pepijat', ada jenis 'kura-kura' dan yang paling banyak nya yang jenis biasa seperti dalam gambar di atas.
Selalunya buah getah jenis 'pepijat' akan jadi juara. Itu lah permainan kami budak-budak zaman dulu. Tak ada PSP dan sebagai nya. Yang pasti nya, kami gembira . Reka permainan sendiri tanpa keluarkan duit satu sen pun.
Tuesday, March 16, 2010
Kaki 'skodeng'.
Saturday, March 13, 2010
Penat sungguh wehhhh.....

Wednesday, March 10, 2010
Nasib baik masih ada duit dalam tabung.
Monday, March 8, 2010
Surat Khabar Semantan Ulu.
Saturday, March 6, 2010
Pak Man terima RM3000 dari Dubai dan RM1000 dari Arab Saudi.
Hari Khamis yang lepas Pak Man terima email dari Dubai yang menyatakan duit derma untuk SK Semantan Ulu telah dimasukkan ke dalam akaun MBB Pak Man.
Terus semak dalam Maybank2u.com......ya! memang ada RM3000. Terima kasih Pak Man ucapkan kepada semua rakyat Malaysia di Dubai yang telah sudi menderma.
.
Terus dicerita kan kepada semua orang, mereka semua nya gembira dan ucapkan terima kasih.
.
Lepas tu ada satu lagi email dari Arab Saudi.....hamba Allah ini telah memasukkan RM1000 kedalam akaun BIMB Pak Man .
Sekali lagi dikhabarkan kepada semua orang. Mereka semua bagaikan tak percaya. Macam bulan jatuh ke riba.........selama ini terkial-kial kami mencari sumbangan untuk menampung perbelanjaan bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti di sekolah ini. Susah sangat ..........tiba-tiba, sekali dapat terus RM4000.....alhamdulillah!
.
Walau bagaimana pun kami semua ucapkan terima kasih kepada orang-orang di Dubai serta hamba Allah dari Arab Saudi tersebut.
Semoga budi baik saudara dan saudari semua akan mendapat balasan yang berlipat kali ganda dari Allah swt.
.
Insya-Allah pada hari Isnin depan akan Pak Man serahkan semua wang itu kepada bendahari PIBG.
.
Pada tahun 2008 Pak Man pernah menerima sejumlah wang daripada seorang hamba Allah di Dubai dan seorang hamba Allah dari KL untuk di hadiahkan kepada dua orang pelajar yang mendapat 5A.
.
Pada tahun 2009 Pak Man telah menerima 1000 Dirham(mata wang UAE), daripada sepasang suami isteri dari Dubai. Semua derma-derma tersebut sangat-sangat membantu dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah. Orang kampung pun sekarang dah pandai sebut Dubai.....
Kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua penderma-penderma.

Wednesday, March 3, 2010
Sudah 3 hari Pak Cik Uban tak menoreh.

Insya-Allah ...kalau ada kelapangan akan Pak Man ziarah ke rumah nya.
Harap-harap beliau sihat walafiat.
Tuesday, March 2, 2010
5200 orang berbogel ramai-ramai - GILA !

Sydney - Pada waktu pagi yang sejuk, lelaki dan wanita berbogel ramai-ramai , lepas tu tangkap gambar. Buat macam-macam gaya.
Hai....macam tu lah kalau dah terlampau maju, balik ke zaman batu semula.
Patut lah sekarang ni banyak sangat berlaku mala - petaka.....gempa bumi......banjir......tanah runtuh.....
Kalau macam tu, baik jadi negara mundur.........rakyat nya reti pakai baju dan seluar.
Monday, March 1, 2010
Balaci

Dalam tahun 2003, 2004, dan 2005......menurut sumber daripada seorang kawan yang menetap di P.Pinang, tak ada pun perarakan Malidur Rasul di sana.
Jadi dia nak tanya.....siapa pula yang menjadi 'balaci' pada waktu itu?.
Subscribe to:
Posts (Atom)