Thursday, January 28, 2010

Saya tidak kaya tapi hati saya banyak senang.


Semalam Pak Man ke kedai jam 'feberet' Pak Man. Kalau ada masalah berkaitan jam, kedai apek ini lah yang Pak Man tuju.
Pak Man suka berborak dengan apek ni, sambil dia buat kerja, sambil berborak.
Macam-macam kisah orang dulu-dulu yang dia cerita kan.
" Saya sudah buat kerja ini sudah lama.....sudah 50 tahun."
"Sekarang encik umur berapa?"
"Sudah 75. Dari muda sampai sekarang , ini kerja saja saya tahu bikin."
"Ini kedai encik punya ka?"
"Ya.....saya bagi dua...sebelah saya sewakan kepada tukang jahit tu, sebelah sini saya guna. Atas saya guna...rumah saya la..."
"Saya suka kerja ni....satu hari dapat tak dak banyak laa....cukup makan saja, tapi hati saya senang....anak-anak semua sudah kerja...KL...Singapore...Genting."
"Encik banyak kaya laaaa.......kedai ini nilai nya mungkin RM400 ribu lebih......"
" Saya tidak kaya....tak ada kereta.....jalan kaki saja....kalau mau pegi KL, saya naik bas. Yang penting hati saya senang."
"Saya jarang keluar dari Raub ni...setahun, dua tiga kali saja.......awak tinggal mana?"
"Batu Talam....encik biasa pergi Batu Talam?"
"Tak pernah pergi sana laaa....jauh ke?"
Ohhh...begitu sempit dunia apek ini, tapi hati nya senang. Berbanding dengan sesetengah orang yang berpeluang melawat seluruh dunia, tapi hati nya hanya Allah saja yang tahu.

12 comments:

KR 31 A.K.A Zabri said...

Tapikan PakMan ada pepatah mengatakan Jauh perjalanan luas pengetahuan.....

Tepi Sungai Batu said...

Zabri,
Betul tu....tapi luas pengetahuan tak semesti nya hati senang. Apek ini lebih pentingkan hati yang senang dari segala-gala nya, itu kata dia lah...

transformed housewife said...

leading a simple life makes a person happier. sbb tu kot Apek ni senang hati je.

endiem said...

apek dengan dunianya sahaja.

Hanis MY said...

Salam Pak Man,
Suka entry Pak Man yang ni..

FaAtip said...

Pak Man, saya dah ramai jumpa peniaga2 berbangsa Cina seperti apek ni, mereka berniaga bertahun2. Perniagaan mereka sering diwarisi oleh anak2 pulak. Mereka sangat `istiqamah' dan `sederhana'. Yang penting, anak2 mesti sekolah tinggi.

aza ni said...

salam pakman
kekadang semakin banyak yang di perolehi...semakin banyak kehendak nak di capai...payah nak puas...

Tepi Sungai Batu said...

temp.housewife,
Mungkin juga lah kot......

Tepi Sungai Batu said...

endiem,
Begitu lah dia seadanya.......

Tepi Sungai Batu said...

Hanis MY,
Terima kasih....domo arigato.

Tepi Sungai Batu said...

ASW,
Betul tu.......istiqomah sangat penting dalam membuat sesuatu, Insya-Allah akan berjaya.

Tepi Sungai Batu said...

AZANI,
Kehendak manusia tiada penghujung nya......sampai mati pun tak puas. Kecuali orang-orang yang bersyukur.