En.Mi Hamidi Nipah, seorang nelayan sungai dari Kg.Pengau Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang D.M telah berjaya menangkap ikan 'patin buah' di Sungai Tembeling dengan mengguna kan 'rawai'.
Beliau menjualkan nya kepada seorang pengusaha restoran di bandar Jerantut dengan harga RM 720 .
Patin jenis ini amat jarang ditemui sekarang ini. Sebab itulah harga nya mahal.
Ikan ini sangat sedap dimasak gulai asam tempoyak. Masakan kegemaran orang Pahang, terutama di kawasan Pahang Barat.
Sumber: Utusan Malaysia online.
18 comments:
Membuatkan gua teruja nak memancing.
Membuatkan gua teruja nak makan gulai tempoyak ikan patin..;)
Membuat gua teruja nak gi jumpa Pakman~!
Membuatkan saya teruja nak cari ikan patin yang biasa2...nak buat masak asam pedas! hehehe...
Dr.House,
Boleh lah gi cuba nasib di Hulu Tembeling.
Pinat,
Sekali-sekala makan ikan sungai, ok juga.......
Pp,
Sila lah....tapi patin buah tu susah lah sikit nak cari....
ASW,
Idea yang baik tu....teruskan.
org pahang mmg suka makan ikan patin gulai tenpoyak... lagi2 kalau org raub... hehehehe
Shiela,
Betul sangat lah tu wehhhh.
tak mampu nak makan dgn harga yg mahal itu!
wah, sedapnya dapat yang asli dan sukar dijumpai ... meleleh air liur ajelah , tak mampu .
MrsNor,
Sama lah kita.......
Silversarina,
Pak Man pun tak pernah rasa.....mungkin mencecah RM100 seketul kalau dah dimasak.
mesti sodapp ni kan PM..
kalau bagi neeza free pun neeza tak nak...
*tak makan ikan sungai :D*
kalau bagi neeza free pun neeza tak nak...
*tak makan ikan sungai :D*
tchersally,
Bagi orang yang menggemarinya...amat sedapppp sekali.
Neeza,
Tak makan ikan sungai......tak dak arah laa.Walau bagaimanapun ...Tq.
Post a Comment