Saturday, January 16, 2010

Ada kambing hitam, ada daun sirih.

Hari ni tak ada apa nak buat, jadi mari kita buat lawatan sambil belajar ke sekeliling kawasan rumah Pak Man. Mula-mula kita tengok apa ada di tepi garaj kereta. Ada sebatang pokok bunga orkid yang sedang berbunga. Ini lah dia bunga orkid tersebut.

Selepas itu kita beralih ke tepi pagar berhampiran pintu masuk. Di sini ada satu (sebatang?, seketul?, sebuah?,secebis?) tunggul kelapa. Kesian tunggul ini kerana tak ada siapa peduli. Tak pernah ada orang yang berminat nak ambil gambar nya, jadi Pak Man ambil lah gambar nya. Begini lah rupa nya tunggul tersebut.

Seterus nya kita terus ke belakang dapur berhampiran dengan kolah ikan tilapia Pak Man. Di sini ada sebatang pokok betik. Buah nya tiap-tiap minggu ada yang masak, jimat belanja........
Pucuk nya boleh buat ubat darah tinggi.

Di tepi pokok betik ada serumpun pokok sirih. Tak ada siapa yang makan daun sirih ini kecuali sekali-sekala ada kambing terlepas dari kandang.........


Akhir sekali mari kita melawat kandang kambing. Ini lah rupa nya kambing Pak Man yang paling tua. Umur nya dah masuk 5 tahun. Sudah melahirkan 7 ekor anak setakat ini.
Anak-anak nya semua berwarna hitam dan putih......warna bendera negeri Pahang.



Sekian saja lawatan sambil belajar kita pada kali ini. Sehingga berjumpa lagi dalam lawatan sambil belajar yang lain pula.



14 comments:

Farouk said...

macam-macam ada kat sana. bestnye. apa penjodoh bilangan untuk tunggul ek?

Anonymous said...

ikan dah masak dah?

FaAtip said...

bestnyer kawasan rumah Pak Man ni. Serasi dgn saya suami isteri. Hijauuuuu.....tumbuhan kat tunggul tu cantik tu Pak Man, potong tunggul tu letak tepi pintu rumah. Saya pun ada tanam sirih kat rumah. Amalkan makan daun sirih sekali sekala...

waaa..sihat2 kambing pak man ye.

suka saya tengok gambar2 tu semua...

MrsNor said...

salam pak man. Behnya adok laman ghumoh luah gitu mo..serbo serbi buleh boh

pB said...

Dalae banyok bayok gambar hok Pok Mae ambik , pB paling ke'nea sekali gambar pokok sireh tu.

Banyok gunonyo daun sireh tu terutama dalam perubatae untuk orghe puae ni. Nok beli , mahal la di Puchong nie weh ...


Poh , buleh?

M. Ibrahim said...

Ada bunga, ada tunggul,ada daun dan gambar akhir ada kambing. Antara semuanya Daun sireh harus dijaga ,kalu kambing makan tak mengapa, tapi kalau orang mengambilnya harus hati-hati kena dan kena soal tujuannya,

aza ni said...

salam pakman
walau jengah melalui internet,saya dapat rasa kegigihan pakman...syabas

Mother of Two said...

hahha seronok baca entry pakman kali ni.. pokok durian kat belah mana pakman??

Tepi Sungai Batu said...

Farouk,
Tq.....penjodoh bilangan nya.....entah la.

anon....
Belum......

Tepi Sungai Batu said...

aintsuperwoman,
TQ.........macam ni lah kampung......

MrsNor,
Kampung....nak ke bandar jauh lah sikit, 22 km.

Tepi Sungai Batu said...

pB,
Nok poh daun sirih.....nanti ambo tanyo posman boleh ko dok.

Pok Him,
Hahahaha...nakal demo nih.....

Tepi Sungai Batu said...

Azani,
Ini sebenar nya rumah mak mertua.....

Shiela,
Pokok durian ada merata-rata....depan...tepi...belakang.

PINATBATE said...

Seronoknya..bilalah saya dapat rumah yg luas halamannya mcm Pak Man ni yer..

Tepi Sungai Batu said...

Pinat,
Rumah kampung........