Sunday, December 20, 2009

Pak Da Daud

Orang tua ni namanya Pak Da Daud, jiran depan rumah Chek (ayah) Pak Man di Bachok. Pak Da ni memang kuat bekerja. Pak Man respek betul dengan beliau, kerana dengan hasil bercucuk tanam Pak Da dapat pergi ke Mekah, beli kereta untuk anaknya dan yang paling best nya buat rumah batu.
Harga rumah ini tak tahu lah berapa puluh ribu, tapi yang pastinya Pak Da bayar 'cash'. Hutang-hutang tak main lah......
Orang makan gaji, kalau buat loan rumah, kena bayar sampai pencen. Tapi Pak Da Daud buat rumah, beli kereta, semua nya secara'cash'.

14 comments:

Granny Hani said...

Tabik spring buat pak da.

Anonymous said...

rezeki berkat....

Abiey69 said...

Jika difikirkan balik orang dulu ngan orang sekarang... walaupun dulu payah nak dapat duit mereka tetap hidup dan lebih hidup dari orang zaman loni... Hidup penuh dengan ketaqwaan dan keberkatan dari Ilahi. Solat Jemaah tak pernah tinggal, Solat Dhuha sentiasa diamalkan.
Lihat contoh Pak Da Daud dan banyak lagi yang lainnya.

Tepi Sungai Batu said...

hani,
Terima kasih......

anon,
Berkat....alhamdulillah.

Abiey,
Kita nampak mereka macam orang susah, tapi mereka lagi senang-lenang.

Daun said...

ni berkat rezeki kija sediri.. pok man pun gitu juga la

Mother of Two said...

betul pakman, ngat nak balik kmpg nanti bela lembu ngan bela ikan.. beli rmah loan bank dah tua hutang tak habis lagi:)

Guru said...

assalammualaikum

rezeki yang berkat, gitulah

Achu Tra said...

masyaallah...hebat pak da daud nih...seghemo maing "cash"...pah kito lagumano??

cm said...

Pak Man..
orang makan gaji ni, duit gaji belum masuk... dalam kepala dah plan segala!Dah tak ada balance. macam mana nak saving untuk buat rumah!

aishah said...

mampir...untung pak da, susah tapi senang..

aza ni said...

salam pak man,berkat rezeki dan hidup dia, pak man pun apa kurangnya...

Tepi Sungai Batu said...

Daun Bidara,
Terima kasih kerana sudi singgah.....

Shiela,
Kalau modal banyak, semua projek boleh jadi...

Tepi Sungai Batu said...

kl citizen,
Betul lah tu.........

Achu,
Kita ni tak tahu lah lagu mano.....

Tepi Sungai Batu said...

cikgu math,
Rezeki masing-masing.....

aishah,
Rezeki dia murah......

Azani,
Betul lah berkat tu........