Tuesday, December 29, 2009

Durian Sayur

Inilah rupanya bunga 'durian sayur'. Orang Bachok panggil dengan nama itu, orang tempat lain panggil ,'durian belanda'. Tak kisahlah apa nama sekalipun, bendanya tetap sama.
Daripada bunga, lama-lama bertukar menjadi buah. Tak lama lagi boleh lah makan.........


Bila buah dah masak, tak boleh biar lama-lama, kerana ada makhluk lain yang juga berminat. Siapa cepat dia dapat.

20 comments:

Mulan said...

oohh kat vietnam nama nya "mang kau"... sedap buat jus..

Meen Eunos said...

Pak Man.
Agak agak kenape
diberi nama durian belanda?
Orang belanda ke yg bawak masok
durian ni ke Tanah Melayu?

p/s: seumor hidop tak penah makan
durian belanda ni. Ayam belanda penah la. =)

Granny Hani said...

kita suka sbt durian ni,,kat tempat kita org panggil durian selat.
sedap tu makan mentah pun sedap.

KR 31 A.K.A Zabri said...

lama dah rasanya tak makan buah ni....

silversarina said...

durian belanda memang sedap..saya suka jusnya ... 2 bulan lalu masa hubby balik ke middle east kawan arab dia mintak tolong belikan buah ni kat malaysia dan bawak balik untuk dia untuk ubatkan kanser dia, alhadulillah , kami jumpa jugak buah ni kat pasar kemaman , susah nak jumpa jugak buah ni .

Unknown said...

..ianya dipanggil soursop, dlm bahasa inggeris dan memang tersohor sebagai ubat utk pelbagai penyakit..dr barah hingga ke penyakit kulit..berasal dr south america..

PINATBATE said...

saya paling suka jus durian belanda...

Mother of Two said...

goreng masa muda pun sedap pakman.. buat jus pun sedap...
tp sy kurang skit ngan buah nie pasal bau dia tak sewangi buah durian betul

cm said...

sedap... tapi kalau masak sangat tak best..

akula said...

ambo pun berahi buah durian sayur ni...lalu ombo tane sepohon..bunganya banyak kelua tapi tak lekat buah..pening pallo ambo..

aza ni said...

salam pak man, durian belanda,buat jus sedap

Tepi Sungai Batu said...

Mulan,
Memang sedap dibuat jus.

Meen,
Cuba lah sekali.

Tepi Sungai Batu said...

hani,
Macam-macam ya nama buah ni.

Zabri,
Sekarang ni buah ni dah ada harga. Dulu tak ada siapa peduli.

Tepi Sungai Batu said...

Silversarina,
Banyak juga khasiatnya........orang Arab pun suka .

Pakmat,
Tq!...info berguna tu.

Tepi Sungai Batu said...

Pinatbate,
Peminat jus durian belanda rupanya.

Shiela,
Goreng?....Pak Man belum cuba lagi.

Tepi Sungai Batu said...

Cikgu,
Kenapa pula tak best?....best tu...masam-masam manis.

Akula,
Belum ada rezeki lagi lah tu.

Azani,
Ya betul!...memang sedap!.

adanz said...

kecur air liur pok me weh.... ore utara panggey durian eropah

Tepi Sungai Batu said...

adanz,
Terima kasih....lama tak tinggal jejak kat sini.

Anonymous said...

Salam Pak Man..

Saya sedang mencari buah durian belanda untuk diberi kepada saudara yang sedang sakit tenat. Beliau amat teringin nak makan buah ni.Boleh Pak Man hubungi saya untuk cara mendapat buah ni..Email saya Zulianazulkifli@yahoo.com

Tepi Sungai Batu said...

zuliana,
Sekarang ni pokok di rumah Pak Man pun tak ada buah.
Pak man tak tahu lah di mana boleh dapat. Cuba cari di pasar-pasar malam.Maaf!