Wednesday, December 16, 2009

Balik Kampung......seminggu saja.

Maaf kerana dah lama tak menulis. Pak Man balik kampung selama seminggu. Banyak juga lah perkara yang dapat diselesaikan. Bayar itu dan ini, jumpa orang itu dan orang ini, pergi ke situ dan ke sini, makan benda itu dan benda ini. Alhamdulillah...semua perancangan selesai dengan jayanya. Sepanjang percutian tersebut kami tinggal(bermalam sahaja) di rumah ini. Siang harinya kami berada di rumah 'Chek ambo' di Bachok.


Tengah hari tadi sampai balik ke Raub. Hoooofff.......lega! ikan tilapia yang ditinggalkan seminggu masih hidup. Cuma seekor kambing Pak Man bengkak kaki, berulat. Kurus kering kerana dah seminggu tak turun cari makan.
Semua harta benda yang lain selamat......Alhamdulillah.

18 comments:

lina said...

Rindu pada cerita Pak Man. :)

cm said...

Alhamdulillah...
panjang lagi umur kambing pak man tu!

PINATBATE said...

patutlah tunggu -tunggu depan laman rumah tak nampak pakman ..balik kampung rupanya...;)

Sally said...

padanla sunyi je blog ni..PM cepat2 rawat kaki kambing tuuuu..sian kat dia..

tulipurple said...

alhamdulillah...tak sabar nak tahu kisah menarik dr kg PM.

aza ni said...

salam pakman , selamat kembali , salam maal hijrah

Unknown said...

..dan mengapa tak beritahu pakmat ada diBachok..bolih belanja air nyior muda dan keropok lekor..

Tepi Sungai Batu said...

lina,
Terima kasih.....

Cikgu Math,
Terima kasih......

Tepi Sungai Batu said...

Pinat,
Begitulah cerita nya......

tchersally,
InsyaAllah.........

Tepi Sungai Batu said...

tulip,
InsyaAllah akan ada cerita nya nanti.

Azani,
Terima kasih, ...salam maal hijrah.

Tepi Sungai Batu said...

Pak Mat,
Semasa kat pasar tu, ada jugak intai-intai kot ada Pak Mat....tapi tak ada rezeki nak jumpa.....

Mother of Two said...

dah tak banjir ke di kelantan? bestnya.. kalau sy balik kelantan mcm2 sy borong nak bwk balik dubai.. paling best dpt makan kuih yg manis2 belaka

Anonymous said...

seminggu saja, ada maksud lain tu, ayat tu kena tambah lagi tu

M. Ibrahim said...

Tambah lagi cuti 1 bln

M. Ibrahim said...

Tambah lagi cuti 1 bln

Tepi Sungai Batu said...

Shiela,
Tak dok banjir doh.......

Anon....,
Cukuplah tu......

Brahim,
Mu tak balik cuti ko?

Achu Tra said...

rindu molek ambo ko pok mae...selamat kembali & salam tahun baru Hijrah..ado aze tahun baru ko??

Tepi Sungai Batu said...

Achu,
Aze seghupo tahun lepah .....kalu ada rezeki, nok gi ke sana.......