Penyokong Kelantan minda kelas tiga........
Penyokong Kelantan ganassss....
Pendek kata semua yang jahat-jahat telah dilebel kan terhadap penyokong Kelantan.
Tidak ada seorang pun yang kata semua itu tak betul, semua nya betul belaka.
Bagi Pak Man pula, Pak Man rasa ayat-ayat tersebut perlu diubah, sepatutnya kita tulis begini : Penyokong Kelantan yang buat onar itu tak bertamadun.
Penyokong Kelantan yang kaki gaduh itu ganas.
Jangan main pukul rata saja.
Pak Man nak luahkan sikit isi hati Pak Man kepada FAM.
Pada 7 April dulu, bila penonton Kelantan mengamuk di Kota Bharu, KAFA kena denda kerana 'tidak menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi' di Stadium Sultan Mohamad IV. Alasan nya tuan rumah (penganjur) mestilah bertanggung jawab dalam soal keselamatan.
KAFA akur dan patuh. Terima hukuman dengan redha.
(Gambar dari blog Muhammad Al-Fateh)
Akan tetapi, bila tiba final, sehari sebelum perlawanan, ada orang besar di FAM kata pasukan keselamatan adalah mencukupi. Mereka dah ada pengalaman menganjurkan perlawanan Malaysia lawan MU. Haruslah diingat, yang perlawanan final ini, penganjurnya adalah FAM. Sepatutnya penganjur yang bertanggung jawab. Bila berlaku kekacauan, penganjur kena denda. Penganjur kena bayar ganti rugi. Jangan nak lepas tangan. Kalau tak bersedia atau tak cukup kepakaran, jangan anjurkan perlawanan besar. Kalau tak ada kepakaran, pergi belajar luar negeri. German atau England atau kemana saja. Kalau tak nak juga, berundur lah......
Pesanan kepada tuan punya stadium pula (KBS atau MSN atau sesiapa saja), lengkapkan stadium tu dengan peralatan keselamatan yang terkini.
Pergi tengok stadium-stadium di German (sebagai contoh saja..) peralatan keselamatan nya canggih. Pastikan setiap pengacau akan tertangkap.
Kalau buat stadium mahal-mahal tapi tahap kecanggihan nya sama macam Stadium Merdeka saja, baik kita main di Stadium Merdeka.
Pemerhati di Stadium Bukit Jalil ada menulis di sini
Kesimpulan nya :
1. Penonton yang buat onar memang tak bertamadun.
2. Penganjur kena bertanggung jawab.(jangan nak kaut duit saja).
3. Peralatan keselamatan perlu dipertingkatkan. Kita kan dah nak jadi negara maju.......
4. Mercun.......macam mana boleh senang-senang bolos masuk ke negara kita. Mungkin orang yang sepatut nya kawal kemasukan mercun ni kena tingkatkan lagi usaha.
10 comments:
Pak Man Laksam: seperti biasa lah. Kelantan merupakan anak tiri FAM, so, tidak hairan mengapa kelantan dikenakan hukuman beraksi di luar stadium Sultan Muhammad-IV April lalu, Terengganu pula hanya dikenakan hukuman 'ringan2'baru2 ini.. Baik dan buruk Kelantan, FAM tetap stereotaip terhadap kita.. Anggaran kos oleh unit pemantau bukit jalil semalam adalah angka yang disifatkan tidak munasabah kerana hanya kurang dari 10 kerusi yang dibakar.. akbar pula main pukul rata jer apabila memburukkan penyokong kelantan.. al-fateh dah naik malu dngan rakan campus yang kurang info psl mlm tuu....
Al-Fateh,
Bersabar lah.....kita tengok lah apa mereka nak buat nanti.
Memang diorang ni politikkan semua menda pak man..Asal Klate jahat, asal Klate gdebe..Tp kita orang Klate je tau hal sebenar..
Yang kat Perlis kes penyokong Klate kena serang, guano cite??Diam je??
memang ore kelate gedebe..tapi bukan jahat!
kalu ore kata mace2, kita jawab je....so whattttt, kau nak ape!
penat dah nak mempertahankan diri...
BETULLLL PAK MAN.
Pak Man,
Sebab nila setitik....rosak susu se belanga.
http://penarikbeca.blogspot.com/2009/11/kerusi-ja-rm50-juta-di-stadium-bukit.html
Salam Pak Man,
Setuju semua kecuali satu je... jgn syor dia org gi belajar ke luar negeri, memang tu yg di sukainya. tah apa yg dia org dah belajar selama ni kita pun tak pasti, sepatutnya dah berenti lama dah..
naha
Salam pok man. Kawan sokong pok man.
0, Zaki, currentlife2u, faraulah, Rusdi, naha dan abu muaz........terima kasih semua.
Komen-komen anda semua amat Pak Man hargai.
Terima kasih banyak-banyak.
Post a Comment