Friday, October 16, 2009

Wow! buka bumbung!

Sejak lepas Hari Raya beberapa minggu yang lalu, bumbung rumah Pak Man telah terbuka. Wow!.......buka bumbung....macam kereta sport laaaaa.
Sebenarnya bukan lah keseluruhan bumbung tu terbuka, tapi beberapa keping saja yang telah dibuka dan dibuang ke bawah.
Pak Man tak tahu ini angkara siapa. Pak Man tak nak berburuk sangka sesama manusia. Jadi Pak Man syak ini angkara monyet-monyet yang selalu berkeliaran atas pokok belakang rumah Pak Man tu.
Pak Man minta tolong Kadir betulkan balik. Pak Man kena beli atap 5 keping dan sedikit simen.
Terima kasih Kadir, kerana kenakan bayaran/upah yang murah.

7 comments:

PINATBATE said...

fuh..! kuat betul monyet-monyet tu buka bumbung

rauhunt said...

banyak sgt makanan sedap2 rumah Pak Man masa raya ..tu pasal la monyet nak masuk ..boring doh dio duk makan pisang, nok jgk rasa makan lemang, rendang, nasi dagang, nasi biryani dan kuih2 raya

Achu Tra said...

pok mae...ambo suko ko en kadir...cekap & berpatutae..

Tepi Sungai Batu said...

Pinat,
Kadang-kadang tu piring Astro tu pun kena pulas jugak.

Tepi Sungai Batu said...

Rauhan,
Pok Man dah cadang dah tu nak bagi lemang cicah dengan racun tikus.....suko sangat masuk rumah orang.

Tepi Sungai Batu said...

Achu Tra,
Encik Kadir kita ni memang jenis tak berkira.......sebab tu lah tuhan bagi dia murah rezeki. Anak dia dua orang belajar di 'U'.
Kerja rajin, tak banyak cakap dan mudah 'berkira'.

Granny Hani said...

best nya ada org macam Kadir ni..kirim salam kat dia lah.Tuhan berkati dia dan keluarganya.