Beberapa hari yang lalu Pak Man pergi servis kereta di salah sebuahPusat Servis di bandar B.
Sementara duduk menunggu tu, sempat lah Pak Man berbual dengan seorang pelanggan yang sama-sama menunggu.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam." kami bersalaman. Dia memegang secawan Milo panas(free).
Setelah berkenalan , maka tahu lah Pak Man yang kami ni buat kerja yang sama.
Namanya Cikgu Rahman. Lagi 2 tahun nak pencen. Dia tak pernah mengajar di sekolah kebangsaan. Mula-mula tu ajar di sekolah cina, lepas tu sekarang ni di sekolah K******k. Majoriti muridnya adalah berbangsa Cina.
Dalam banyak-banyak kisah yang diceritakan itu, ada satu kisah yang Pak Man rasa melekat ke jiwa dan sanubari Pak Man.
Cikgu Rahman memang nampak penyabar dan lemah lembut orang nya. Tapi entah bagaimana pada suatu hari tu dia tak dapat menahan sabarnya.
"Bayangkan lah Pak Man, apa perasaan Pak Man kalau kita tengah mengajar tiba-tiba ada murid yang dengan selamba meludah di dalam kelas."
"Saya suruh dia lap balik air ludahnya, dia kata saya bukan tukang sapu...."
"Menyirap darah saya....tak saya sedari tiba-tiba.....PANG!....tangan saya naik ke muka."
Diringkaskan cerita , esok nya bapa sibudak tu datang ke sekolah.
Berbincang dengan Pengetua dalam bahasa cina. Cikgu Rahman terlopong tak faham. Akhirnya, Pengetua cakap dalam Bahasa Melayu, "Cikgu, dia cakap .....cikgu nak selesai di sini atau di mahkamah."
"Selesai sini aje lah."
Orang cina tu pun cakap,"Kalau mahu selesai lu kena bayar RM100. Apa macam?...setuju?"
"Baik, saya setuju...."
Cikgu Rahman terus keluarkan duit RM100."Nah! ambik ni dan kira selesai"
Orang cina tu ambik duit dan Cikgu Rahman terus keluar. Pengetua diam tak berkata apa-apa.
"Sekarang ni saya dah tawar hati nak mengajar bersungguh-sungguh. Ajar sekadar melepaskan tanggung jawab saja".
"Cukup bulan ambik gaji........"
"Saya sangat-sangat kecewa.....kecewa dengan Pengetua....kecewa dengan ibubapa....kecewa dengan anak murid saya sendiri".
18 comments:
ya allah...memacam ragam...
xpaham ngan dunia skang nie...
kesian tul ....
anak kurang ajar pun masih lagi nak defend
bodoh punya mak bapak
moleknyo...tambah lagi RM 100...PANG!! sekuat hati atas muko pok budok tu sekali..tambah lagi RM 100...PANG!! hok paling kuat.. atah muko cikgu besar tuh sekali..he..he
mudah cari duit !
Orang yang ingat duit boleh settle semua ni lah krang bila dah tua, anak hantar pegi duduk rumah orang tua. Ha! Ada duit kan, settle!
Pak Man
x pe la, rm100 je...ada guru di KL, kena saman rm26,000. Bukan lempang, tonyoh sikit je, makbapak gi bawak balai polis!
Gurubesar pun pelik laaaa.....menyampah!
Susahnya jadik guru sekarang, ek?
Kalau saya kena macam tu, bukan lempang lagi....saya tonyoh2 sekuat hati lepas tu kalau dia melawan, saya ambik spray ubat nyamuk, spray kat muka dia!!! (dan itulah hari terakhir saya jadi guru kot!!!) hehehe...
apa punya bengong pengetua tu....
pak man, kes2 camni memang menjatuhkan kredibiliti profesion perguruaan...tambahan kes terbaru...guru saman pengetua di kuantan tu...memalukan!!
nasib cikgu tak ada siapa nak bela pak man...
sabo lah cik gu2 sekalian....masih ramai yang memerlukan dan menghargai jasa2 anda semua.
0,
Apa boleh buat.......dunia akhir zaman.
pB,
Sebab tu lah budak-budak jadi bertambah kurang ajar.
Achu Tra,
Kalu gituh...kena siapkan duit RM300 lah ya. Tambah RM50 lagi dan ludah muka dia.
endiem,
Dunia dah di akhir zaman.
lina,
Betul tu!
Terima lah balasan nya nanti.
ASW,
Woooo....ganas tu!
Dah memang nasib cikgu zaman sekarang.
hai,
Dunia hari ini....macam-macam adaaaaaa.
Pinat,
Apa nak buat....sudah nasibbbbb.
Zaki,
Terima kasih laaaa....kalau semua ibu bapa macam ni, senanggggg kerja cikgu.
Pak Man,
Sekadar nak berkongsi pengalaman, akhir tahun 90an, semasa menunggu result STPM, saya mengajar 'KAFA' di SK Bachok, telah ter****l seorang murid akibat tak tahan sabar dengan perangai yang nakal dan degil. Akibatnya 'sedikit' luka di dahi dan benjol sebesar bola pingpong.
Bapa murid tersebut telah datang ke sekolah untuk berbincang, dan Alhamdulillah dengan ke 'profesionalan' Cikgu Man (PK HEM pada masa itu), masalah dan salah faham telah diselesaikan dengan baik...
Moral dari apa yang berlaku...
...bukan senang untuk menjadi seorang pendidik,
kalau setakat untuk menjadi seorang penyampai Ilmu..
sesiapa pun boleh ...
P/s: tobat, tok sey doh jadi cikgu..huhu...semoga murid tersebut sudah jadi 'orang' sekarang.
Salam pak Man,
Dia tak fikir ke ilmu yang dah diajar kat anak dia.Sanggup ambil duit cikgu sebab perkara kecil.
Saya linkkan blog Pak Man ya, sudilah singgah kat blog saya
assalammualaikum
asam garam menjadi guru kan...
dah masam, masinlah pulak....
faraulah,
Ya betul tu....bukan senang.
Zaitun,
Boleh......silakan. InsyaAllah Pak Man akan jenguk nanti.
KL,
Segala rencah ada....masam, manis, masin dan pedas.
eloknya lempang sekuat hati pak man, rugi seratus lempang perlahan je
Post a Comment