Setelah di masukkan ke dalam polibeg, begini lah rupa nya. Setiap hari kena siram. Itu kerja senang ........tak ada masalah. Semoga anak-anak pokok ni akan tumbuh membesar.......jangan ada sebarang masalah. Cepat membesar dan cepat lah dapat ditanam.
Ini lah tempatnya yang akan Pak Man tanam pokok-pokok gaharu tersebut. Cerun bukit di belakang rumah. Keluasan ada lah lebih kurang 0.5 ekar. Dulu Pak man tanam getah, habis kena sondol oleh babi. Yang tinggal ada dalam 30 pokok, jadi Pak Man nak tebang dan gantikan dengan gaharu. Kali ini Pak Man akan pagar betul-betul.
17 comments:
Salam PakMan..
terasa nak ambil angin luar setelah sekian lama berkurung..
hmm..PM nak tanam gaharu ya..lepas gaharu cendana pula tau..eh..cendana tu pokok ke?
Pak man..rajin betul Pakman ni..
Kaya pak man nanti... moga berhasill
semoga berhasil pak man
tchersally,
Baguslah tu........
Cendana tu pokok juga tapi tak pernah tengok pula macam mana rupa nya.
Pinat,
Tak ada lah rajin sangat......
Biasa-biasa je.
Abiey,
Mintak-mintak biar lah berjaya....
AZANI,
Sama-sama lah kita doakan.......
Moga berjaya Pak Man!
Bagus lah Pak Man ni, macam-macam projek ada. :-)
Assalamualaikum tuan rumah...
Salam kunjungan.
Saya baru cadang nak mulakan projek hijaukan tepi rmah yang sekangkang kera cuti sekolah hujung tahun ni...
ckLah.
pok mae..insyaallah jadi jutawae nanti jangae lupo lah ko ambo...ado saing ambo dok jual minyok dia...renya-renya duit!!
rajinnyerrr..
pakman, kalau eksport ke dubai kaya nie.. pak arab suka bakar gaharu nie kat rumah
Salam PakMan
Bagus tu kita hijaukan bumi kita.PakMan untung ada tanah,saya cuma ada sekangkang kera aje tapi keliling ada pokok sama ada yang berbunga atau pun pokok daun saja.Hari2 mesti melawat sambil bercakap2 dengan pokok.Cik abang pun kadang2 cemburu lebih perhatian pada pokok2 katanya.Dah minat nak buat macamana.
Lina,
Saja nak memenuhkan masa lapang.
Tak lah rajin sangat......
ckLah,
Terima kasih kerana sudi singgah .
Sama-sama lah kita hijaukan bumi kita.
Achu Tra,
Ambo baru nak mencuba. Doa-doa kan lah semoga menjadi.
En_me,
Biasa-biasa jerrrr.
Shiela(MOT),
Hahaha....nak eksport!...hehehehe...baru nak tanam .....tapi kalau jadi kenyataan, best juga tu.
ZAITUN,
Berkebun tu bagus, tapi jangan sampai lupa suami......kesian dia.
salam...wahhh pokok gaharu..sudah gaharu cendana pula..ehehe...byk ke babi hutan kat situ pak man?
arsaili,
Banyakkkkkkk....tenkiu kerana singgah.
Post a Comment