Memang rezeki orang-orang kampung lah tahun ini, semua pokok langsat di kampung ni berbuah. Tak ada satu pun pokok yang tak berbuah.
Buah nya sangat lah menjadi. Semua pokok berbuah lebat. Alhamdulillah.......
Walaupun harga langsat tak lah semahal harga duku atau dokong, tapi rezeki jangan ditolak. Tetap bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah.
17 comments:
Salam PakMan
Hantarlah kat sini sebakul,memang buah favourite saya.Sebanyak2 buah tempatan buah langsatlah buah yang saya suka sekali walaupun harganya mahal(kat Kl lah).
Pak Man,
saya pun nak sebakul. Macam mana kira? :)
memang menggiurkan sungguh gambar close-up Pak Man tu. Hehehe...
pok me,
mari sini seguni..
Zaitun,
Maaflah, kalau nak hantar tak dapat lah Pak Man tunai kan. Walau bagaimanapun terima kasih lah kerana menjadi peminat langsat. Mahal ke harga nya di sana?. Kalau nak makan, datang lah ke rumah, tapi kena bawa pemanjatnya sekali.
lina,
Bawa bakul dan pemanjatnya sekali. Harga tu kira 'anak-beranak' sudah lah.
Che La,
Boleh....guni beras ke guni gandum?.Hehehe....kalau nak makan datanglah.Sebenarnya semua pokok tu mak mertua Pak Man yang punya, tapi Pak man rasa kalau nak bersedekah tu tak ada masalah.
Pak Me,
Jika langsat tu betul-betul masak ia adalah lebih sedap dari duku.
Nak sudahkan pantun dulu...
buah langsat kuning mencelah
senduduk tidak berbunga lagi
sudah dapat gading bertuah
tanduk tidak berguna lagi
Favorite saya tu...
pok me,
berapo kali setahun langsat demo buoh???. Kebun kawe lamo doh habis.
wahh PM,sib baik sy tgh sarat berandong nie..kalo dak mau saya ajak cik hubby ke sinun...waduhhhh,shedapnye buah itew!
..sudah gaharu..langsat pula??
mesti ada yg sesat dlm kebun ni ..baru betul peribahasa 'make buoh lasak'
Pak Zawi,
Betul tu....ambo setuju. Tenkiu Pak Zawi.
cikMilah,
Waaaah....peminat pantun dan peminat langsat. Tenkiu cikMilah.
abu muaz,
Baru kali ni jah....dulu masa kebun demo berbuah, kebun ambo tak berbuah. Tenkiu abu muaz.
Tulip,
Terima kasih kerana sudi singgah. Lama tak dengar cerita. Sihat ke?.
Achu Tra,
Sudah gaharu langsat pula
Sudah tahu buat laaa.
Hehehe...berpantun kita!
Rauhan,
Pok man kalau pergi tempat baru, selalu 'makan buah lassak'...kadang-kadang sampai dua-tiga round.
kat dubai pun ader langsat tapi tak tauler dtg dari mana biasanya dari negara jiranlah
Post a Comment