Monday, September 28, 2009

Makan, minum, tidur dan beraya di penjara.


Bila tiba hari raya, Pak Man selalu teringat kisah lama(15 tahun yang lalu).
Pak Man pernah beberapa kali menyambut hari raya dalam penjara.
Apa kesalahan nya?
Tak ada apa.....cuma kerana Pak Man adalah seorang Pegawai Penjara.
Biasa nya cuti raya akan diberi setiap 3 tahun sekali.
Jadi, kalau kena bertugas di hari raya, Pak Man akan hantar anak-anak dan isteri balik kampung.
Pagi raya, kami terpaksa mengawal banduan menonton tv.
Sarapan pagi di kantin....bayar sendiri. Tak ada rasa suasana raya langsung. Tuan Penguasa sepatut nya belanja lah kami yang bertugas ni makan free.
Elaun keraian kan ada!
Tapi Tuan Penguasa awal-awal lagi dah balik kampung.
Habis bertugas pukul 2 pm. Balik rumah(berek), perut lapar. Kedai makan semua tutup.
Jadi, masak air....rendam maggi.
Nak pergi beraya rumah Timbalan Penguasa, rasa nya dia pun makan maggi juga, orang bujang!.
Kenapa kah wadar-wadar penjara yang bertugas di hari raya tak dapat kuih raya yang disumbangkan oleh BAKTI?.
Puan Sri-Puan Sri, datin-datin, anda semua tak tahu kah yang wadar-wadar pun bertugas sama macam tentera dan polis di hari raya.
Mungkin mereka rasa tugas wadar-wadar ni tak penting agak nya.
Cuba bayang kan bagai mana agak nya suasana di hari raya sekira nya semua banduan-banduan yang ada dalam penjara tu terlepas keluar di pagi raya.
Kawan-kawan semua....teruskan perjuangan anda yang belum selesai itu.
Maaf kan Pak Man kerana terpaksa berundur awal.

Friday, September 25, 2009

Hari Raya.... Celcom ada masalah.

Celcom BB Pak man ada masalah sikit.
Tapi cerita Hari Raya tetap akan disiarkan.
Hari Raya Pertama, Pak Man beraya di Raub. Hari Raya ke-2 baru balik ke Bachok.
Alhamdulillah...dapat jumpa adik beradik, anak sedara, cucu sedara dan beberapa orang kawan lama.
Sampai saja di kampung, terus ke rumah adik Pak Man , makan laksa. Best juga 'Laksa Beris'.

Maaflah kepada yang buat 'rumah terbuka' tapi Pak Man tak dapat hadir.
Abang Pak man di Tanah Merah....sori Kak Cik, Kak Nana, Kak Long dan adik-adik. Ayah Cik tak dapat hadir kerana jalan raya sesak teruk.......
Rumah Pok Nik pun tak pergi, mintak maaf deh........

Kawan Pak Man, Tn.Hj. Nik Hashim, Pengurus Bank Muamalat KB.......ada hantar SMS jemput ke rumah nya pada 24/9/09......mintak maaf boss. Ambo dah balik ke Raub dah.

Hazmal ada buat 'reunion' kawan-kawan lama (ITM, UTM) di Pasir Mas Kopitiam........sori Pak Man tak dapat ikut serta.

Oleh kerana Celcom ada masalah, maka tak dok gambar lah kali ni. Mintak maaf deh....

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pak Man nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini. Pak Man menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua sekiranya ada yang tersinggung dengan apa yang pernah Pak Man tulis sepanjang tempoh 'berblog'.

Sepanjang minggu ini Pak Man akan sibuk menguruskan hal anak-anak dan keluarga. Sekira nya komen-komen yang anda semua tinggalkan tidak berbalas, harap maaf.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Friday, September 11, 2009

Susah sikit dah nak jumpa sekarang ni.

Beleda kering atau agar-agar kering. Pak Man suka makan benda nih. Dulu-dulu, masa Hari Raya, kalau pergi beraya ke rumah cikgu-cikgu , mesti dapat makan beleda kering.
Suka sangat.......... ini kiranya makanan orang berada lah pada masa tu.
Tapi sekarang ni jarang-jarang ada orang hidang kuih ni pada hari raya.

Balik raya nanti kalau ada masa, Pak Man nak pergi beraya ke rumah bekas guru-guru Pak Man. Bukan nak cari beleda kering, tapi nak ziarah mereka.

Tapi kalau ada beleda kering, itu boleh lah dikira sebagai satu bonus!

Thursday, September 10, 2009

Sarang Tebuan


Kalau dah 2 atau 3 hari selepas Hari Raya, Pak Man suka makan kuih 'Sarang Tebuan' ni sambil tengok TV.
Lepas tu hirup teh o....sruuuup!....sruuuup!.
Oooooo...sedap nya!

Wednesday, September 9, 2009

Woh ulu....


Selain daripada ketupat pulut, tapai pulut dan nasi impit(nasi kapit), bahulu atau baulu atau 'woh ulu' adalah makanan kegemaran Pak Man pada Hari Raya.
Pak man suka makan 'woh ulu' cicah teh o.
Ada setengah kawan-kawan kata , " Darat sungguh mu nih, orang sekarang ni ada macam-macam jenis biskut yang moden-moden, kek ada macam-macam jenis, mu masih lagi dengan 'woh ulu' cicah teh o".
Pak man kata," Darat pun darat lah....janji aku bahagia".
'Woh ulu' tetap pujaan hati ku.

Monday, September 7, 2009

Mintak maaf lah, panjang sikit nih.


Makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur mendapat perhatian dan dijadikan kajian ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan saintis berkenaan mendapati budu mengandungi gluthaione (bahan antioksidan) , mengeluarkan sisa toksik dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh (imun) yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya serta menghalang kanser. Kini terbukti makanan tradisional yang sering dianggap kuno itu setanding dengan ubatan berteknologi tinggi malah menyimpan seribu satu rahsia yang selama ini tersimpan tanpa ada yang peduli.
KELEBIHAN BUDU
Sesiapa yang impikan wajah kekal tegang dan bebas daripada kedutan sebelum waktunya, anda disarankan supaya memakan budu kerana kajian mendapati ia berpotensi melawan radikal bebas sekali gus menghalang proses penuaan.
Malah, budu berupaya mencegah penyakit aterosklerosis (timbunan lemak di dinding pembuluh darah), koroner jantung, kencing manis dan kanser pada peringkat awal.
Selain itu, kandungan budu mempunyai zat antibakteria cirit-birit, penurunan kolesterol darah, pencegah sakit jantung dan tekanan (hipertensi) .
Pengambilan budu sebagai makanan tambahan juga mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit cirit-birit kronik dan mampu menyembuhkan dalam tempoh yang singkat. Dalam erti kata lain, budu boleh menggantikan makanan tambahan untuk sesiapa yang berhasrat untuk menambahkan berat badan.
PENCEGAH KANSER
Budu mengandungi jumlah mineral zat besi, kalsium, magnesium dan zat antioksidan dalam bentuk isoflavon yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.Radikal bebas adalah atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Adanya antioksidan di dalam budu, ia akan bertindak mencegah pembentukan radikal bebas.Ini terbukti apabila penyelidik di Universiti Carolina, Amerika Syarikat menemui unsur genestein dan phytoestrogen di dalam budu yang sememangnya terbukti dapat mencegah kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Selain sumber protein berkualiti tinggi di dalam ramuan budu, makanan tradisional ini turut mengandungi sumber serat yang baik. Kandungan seratnya mampu mencapai antara 8 hingga 10 peratus bagi setiap 100 gram budu. Jumlah itu lebih daripada mencukupi seperti disarankan Pusat Penyelidikan Kanser Kebangsaan iaitu sebanyak 30 peratus.
MERANGSANG SEL OTAK
Mengambil budu dalam sajian lengkap harian dikatakan boleh meningkatkan IQ. Budu mampu merangsang sel otak dan memperkukuhkan ikatan antara neuron serta menguatkan neuron yang lemah.
MERAWAT KEMBUNG PERUT
Budu turut merencatkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab gejala kembung perut kalangan kanak-kanak dan remaja.
KANDUNGAN VITAMIN
Terdapat dua kumpulan vitamin pada budu iaitu vitamin larut air (B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).Vitamin B adalah sumber vitamin utama terkandung dalam budu dan terbahagi kepada pecahan lain seperti B1 (thiamin), B2 (roboflavin) , asid pantotenat, niasin, B6 dan b12 (sianokobalamin) .
Secara saintifiknya, budu menjadi penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan bakteria klebsiella pneumoniae dan citobacter frundiin. Ia tidak dimiliki daripada mana-mana sumber makanan laut, ikan dan daging. Ia mampu membentuk sel darah merah dan mencegah penyakit anemia, sakit perut dan berat badan menurun.

Saturday, September 5, 2009

Halalkan, maafkan dan doakan mereka.

Hari Selasa depan (8 September), anak-anak kita yang belajar di tahun 6 akan menduduki UPSR. Dalam masa dua-tiga hari ni masih sempat lagi nak perbetulkan apa-apa yang silap atau tercicir.

Pak Man harap anak-anak guna kan masa yang ada ini dengan sebaik mungkin.
Ibu-bapa pula tolong luangkan masa untuk membantu mereka. Hari ini hari Sabtu, esok Ahad dan Isnin cuti Nuzul Al-quran, guna lah masa cuti yang 3 hari ni untuk membantu mereka.
Elakkan lah daripada membawa keluarga keluar makan angin ke tempat-tempat yang jauh.

Jaga kesihatan, kerana sebelum masuk dewan peperiksaan akan diperiksa suhu masing-masing. Mana-mana murid yang didapati suhunya tinggi, melebihi tahap yang sepatutnya, akan ditahan dari mengambil peperiksaan.
Mereka dikehendaki mengambilnya pada hari yang lain di hospital.

Kepada guru-guru, di harap semua guru-guru halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepada mereka.
Maafkan kesalahan mereka. Budak-budak........biasalah , tak boleh lari dari membuat salah dan menyakitkan hati guru.
Dan yang terakhir sekali tolong doakan kejayaan untuk mereka.
Hasilnya nanti terserah lah kepada yang Maha Kuasa.

Thursday, September 3, 2009

Bakpo mu bakar Jalur Gemilang?, goblog!

Pak Man rasa marah yang teramat sangat bila baca berita pasal orang-orang goblog bakar Jalur Gemilang. Dalam suasana kita semua tengah bersemangat mengibar Jalur Gemilang, puak-puak goblog sedap-sedap dok bakar. Bengong!.
Kami tak pernah pun kata yang tarian 'pendek' tu ada lah tarian kami. Malah majoriti rakyat Malaysia tak pernah dengar pun tarian tersebut. Yang buat video klip promosi tersebut adalah sebuah produksi dari Singapura. Memang dokumentari itu dihasilkan oleh produksi Malaysia. Tapi isi kandungan dokumentari tersebut tak ada pun menyebut tarian'pendek' itu adalah tarian Malaysia. Tonton lah dulu dan fahamkan betul-betul. Goblog!.
Kamu tiru muzik Hindustan, lepas tu letak nama 'dangdut'. Kamu tiru tarian gelek Arab, letak nama 'dangdut'....ada mereka bakar bendera kamu? tak ada kan?. Goblog!.
Kami tak kata 'batik Jawa' tu kami punya. Kami ada batik Kelantan dan batik Trengganu. Persamaan tu adab laaaa. Macam baju kemeja, orang putih tak pernah kata itu baju mereka. Satu dunia hasilkan baju kemeja, tak ada pun mereka marah. Kerana apa?, kerana mereka tidak goblog!.
Macam mana dengan 'Tasik Malaya' yang ada di negara kamu itu?, ada kami bising-bising? tak ada kan? kerana apa? kerana kami bukan goblog!.
Di sana ada 'Tanah Abang', di sini kami ada 'Rantau Abang'. Adakah ini juga bermakna kami ciplak idea kamu?.
Tak ingin kah kamu mengaku yang beribu-ribu orang 'maling' yang ada di sini adalah kepunyaan kamu?, ambik lah, kami tak mahu. Atau mungkin kamu sengaja mengeksport 'maling-maling' itu ke sini?.
Kita orang tak suka kacau orang, tapi kalau orang kacau kita orang, kita orang akan makan orang.

Wednesday, September 2, 2009

Teringin

Petang ni Pak Man rasa teringin sangat nak makan nasi dengan telor bungkus. Kuah nya tak kira lah, sama ada tom yam atau sup ekor.
Kalau masak telor bungkus ni, tugas Pak Man ialah 'mentelungkupkan' kuali untuk masukkan telor bungkus ke dalam pinggan. Kalau tak faham, boleh pergi tenguk di gerai tom yam macam mana mereka 'telungkup'kan kuali ke dalam pinggan.