Friday, July 24, 2009

Projek kolam ikan.

Pak Man baru beli batu-bata dan pasir serta simen untuk buat kolam ikan. Hajat di hati nak buat kolam ikan yang tak lah berapa besar, cukup untuk dimuatkan 200 ekor ikan tilapia saja.
Buat kolam tepi dapur, senang kalau nak masak tangkap dan terus masak.
Dalam seminggu dua lagi kalau tak ada apa-apa halangan, siaplah kolam tu.
Nanti akan Pak Man tunjukkan gambar nya.

26 comments:

KR 31 A.K.A Zabri said...

pak man memang rajin... saya respek usaha pakman saya doakan pakman berjaya

Tepi Sungai Batu said...

Zabri,
Ini sebenarnya idea mak mertua, Pak Man tolong gerak kan saja.

Neeza Shahril said...

Seronoknya Pak Man.. dapat neeza imagine, nak masak aje, pergi tangguh aje kat kolam..
tapi kalau ikan laut kan best.. hehee.. (neeza tak makan ikan sungai :D)

hai said...

fuh! yang paling best...kalo nak tangkap ikan tu nanti,guna pancing!!Seronoknya dok kat kampung!!!

PINATBATE said...

alamak...bestnya PakMan..!

masa kecik dulu saya selalu ikut kawan-kawan memancing ikan talapia kat parit..bila tengahari balik,siang dan bakar ikar tu..ratah ramai-ramai ..

Mesti sampai rumah kena marah dengan mak..tapi tak serik..esoknya buat lagi!

Pengalaman daku dan talapia..

Sally said...

baguslah PM nih..wah..nanti semerbak lah bau talapia bakar dari rumah PM..cicah pulak dgn air asam..pergghh..makan pulak bawah pokok manggis tuuuu..fuhhh best!

FIRZA said...

pehh...tangkap trus makan....mmg terbaek la pak man...respek....

Achu Tra said...

pok mae..aaah..ni mesti nnatu hok tok ttuo sayae nih..:)

Zaki said...

ad harapang jadi usahawang berjaya nih....

aza ni said...

pakman:bagus pakman,ikan apa yang nak dibela?

Mother of Two said...

yerler pakman, senang ajer kalau nak makan ikan tangkap ajer kat tepi pintu...

Kopiah Senget said...

Salam Pak Man;

Permulaan project yg baik selain menambah pendapatan seisi rumah hehe.
All the best Pak Man!


Narrated Anas bin Malik:


Allah's Apostle said, "There is none amongst the Muslims who plants a tree or sows seeds, and then a bird, or a person or an animal eats from it, but is regarded as a charitable gift for him."

Anonymous said...

Cikgu Man,
Semoga berjaya.. wah.. bleh lah tempah ngan Cikgu Man pasni kalau nak makan... hehe

abah aman said...

Salam Pok Man,
Buleh gi jale rumoh Pok Man lepas ni, makan ike.

Cikli said...

best.

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Tak makan ikan sungai?....rugiiiiii.

Hai,
Budak-budak lah yang paling seronok.

Tepi Sungai Batu said...

Pinat,
Kalau dah dibesarkan di kampung tu, mesti banyak pengalaman yang best-best.

Tchersally,
Fuuuuuh..sedap tu. Meleleh air liur.

Tepi Sungai Batu said...

FIRZA,
Harap-harap berjaya lah projek ni.

Achu Tra,
Sayae ko?...nanti Pok Mae tanyo.

Tepi Sungai Batu said...

Zaki,
Bukang untuk dijual. Nok makang anok-beranok je.

AZANI,
Hajat tu nak bela ikan tilapia.

Tepi Sungai Batu said...

Shiela,
Harap-harap tu berjaya lah.

En.Kopiah Senget,
Terima kasih banyak-banyak. Lama tak jenguk blog Pak man, sibuk ke?.

Tepi Sungai Batu said...

Catz,
Harap-harap tu berjaya lah......

abah aman,
Boleeehhhh apa salah nya.

Cikli,
Terima kasih banyak-banyak.

Nour said...

lame tak jenguk pak man? sihat ke..tgk2 da buat kolam ikan? hmm seronoknye dok kampung..

Tepi Sungai Batu said...

Nour,
Pak man sihat, Alhamdulillah.
Terima kasih kerana sudi jenguk.

Krafdunia Design said...

Assalamualaikum Pak Man,

lama tak jenguk... saya pegi kursus ternak ikan keli ada sekali tu lepas tu ternak tido je.. tak jalan2 lagi, hehehe

Salam.. naha

Lee D'Langkawi said...

Buat projek kole ike pulok deh. Hebat demo...

Tepi Sungai Batu said...

Naha,
Bagus tu, buatlah kecil-kecilan dalam tangki je, untuk makan sendiri. Tapi kalau tak ada masa tak boleh buat apa lah.
Terima kasih kerana sudi jenguk.

Lee,
Puah dok ssaja....