Semasa penjajahan Inggeris, ada seorang pegawai daerah berbangsa Inggeris yang bertugas di sebuah daerah di negeri Pahang.
Beliau suka melawat kampung-kampung di pedalaman. Setiap kali beliau datang melawat, kelihatan orang kampung sedang sibuk bekerja.
Beliau tanya, "Buat apa tu?"
Orang kampung jawab,"Motong getah".
Balik dari motong, sibuk pula nak bekukan susu getah dan lepas tu buat pula getah keping lalu di jemur. Orang putih tersebut menggeleng-geleng kan kepala sambil berkata,"Oooooo.......no rest!".
Orang kampung tak faham lalu bertanya,"Apa tuan?".
Dia kata,"No rest!".
Orang kampung pun berbincang sesama sendiri, lalu sepakat untuk menggunakan perkataan 'no rest' bagi menggantikan perkataan'motong'.
Jadi selepas itu, bila ditanya,"Nak ke mana tu?". Maka akan di jawab,"Nak gi no rest!".
No rest, no rest, no rest, akhirnya berubah menjadi 'noreh'.
Sekarang ni bila ditanya, "Nak ke mana tu?". Maka jawabnya, "Nak gi noreh!".
17 comments:
kisah benar ke ni PM?kreatifkan org melayu nie...bagussss.
ekekekek, pak man ni ada-ada saja,
menceriakan pagi saya
pakman:susur galur bahasa pak man lojik,boleh diterima, macam asal usul nasi lemak..ha ha ha,tabik pakman, yang noreh ni lagi lojik dan sesuai..
Pak Man...
Biar betul Pak Man??? (kikikikikkk) Nak cerita kat kawan-kawan asal usul 'noreh' ni...
Muahahaha..ooops..ketawa sampai lupa bg salam kat tuan rumah..Salam PM!!!
ni kisah benar ke ni PM?..ade2 je PM nih..
Salam Pak Man,
Menarik! Takdok dalam buku sejaroh ni...
Hihihihi.....ambo dok gi nogheh sebab nak gheh ni , badan letih .
kome pun selalu no rest kadang2 gi noreh jugak.
Camner ye??????? tak terfikir pulak.... betul ke tidak, betul ke tidak... ahhh kira betullah. PAK MAN PUNYA PASAL....
kelah pokme!
Tulip,
Errr...errrr...ni kisah yang tak berapa nak benar.Hehehe...
Masayu,
Sementara ada idea, Pak Man tulis lah. Kalau tunggu esok atau lusa, mungkin dah lupa.
AZANI,
Kalau ada yang lain-lain lagi, Pak Man akan tulis lagi.
Azani pun tulislah banyak-banyak.Cerita nasi lemak tu pun logik.
Inilah saja yang boleh di tinggalkan untuk dibaca oleh anak-cucu.
nj,
Hehehe.....saja Pak Man nak kongsi cerita lucu dengan anak-anak semua.
InsyaAllah kalau ada yang lain, akan Pak Man tulis lagi.
tchersally,
Kisah yang tak berapa nak benar.......
Apa yang terlintas di fikiran , itu lah yang akan Pak Man tulis.
Semoga yang membacanya akan terhibur.
abah aman,
Hahahaha......memang tiada di pasaran!
Silversarina,
Hahahahaha.......nok gheh, badan letih, beghehhhhhhh.
endiem,
Kalau gi noreh sekarang ni dah ada masa untuk rest, kerana dah tak buat getah keping dah.
Abiey,
Saja Pak Man nak buat lawak antarabangsa, dah lama tak buat lawak.
gulaikawah,
Kalu kito gi sekoloh, memang ada kelah !.Anok murid cikgu macam mana?, sihat belako?...
hehehe ada logiknya gak...
Zabri,
Saja nak suka-suka.
Post a Comment