Saturday, July 4, 2009

Kisah posman dan pekebun durian.

Tersebut lah kisah seorang pekebun durian berbangsa Cina di sebuah kampung di daerah Raub. Pada tahun ini durian nya sangatlah menjadi. Buahnya lebat dan cantik isi nya.
Pada suatu hari datang seorang posman ke rumah pekebun tersebut. Dengan hati yang ikhlas pekebun tersebut mengajak posman itu singgah makan durian.
Posman rasa sungguh terharu kerana pekebun cina tersebut mengambil sebiji durian yang paling cantik dan besar untuk di hidangkan kepada nya.
Dalam pada pekebun tersebut mengopek buah durian itu tiba-tiba seulas dari nya terjatuh ke tanah.
Anjing kesayangan tuan kebun itu terus meluru datang nak makan durian yang terjatuh tadi tetapi segera dihalau oleh tuan kebun itu.
Posman berkata,"Biarlah anjing tu makan, buah tu dah kotor, apa salah nya".

Pekebun itu jawab," Tak boleh woooooo, buah ini manyak racun nanti anjing saya boleh mati wooooo".
Posman terkejut, " Habis tu yang awak nak bagi saya makan ni kenapa?, awak nak bunuh saya ke?".
Posman tersebut terus 'start' motor dan pergi sambil membebel-bebel.

Ini adalah kisah benar. Kesimpulan ceritanya Pak Man rasa anak-anak boleh fikir sendiri.

16 comments:

aza ni said...

busuknya hati dia..., kadang kadang yang berbakti ada makna...he he......
durian lebat lagi ke pakman...?

Guru said...

kisah benar? ... menakutkan.

posmen tu buat salah apa kat tuan kebun tu...?

Anonymous said...

Cikgu Man,
Buah durian pekebun tu menjadi tahun ni sebab letak racun banyaklah ye..

Wah.. bahaya ni.. anjing dia, bukan main lagi jaga.. manusia ni dia tak jaga langsung! hampeh tul..

Amermeftah said...

Adui,

Agaknya buah durian tu jadi racun untuk anjingnya saja, anjing tak boleh makan durian, tak tahan panas ke, menasia bolehlah makan, bodoh sgt apek tu kalo dia nak bunoh atau nak buat naya kat posmen tapi cakap camtu

ke?

Anonymous said...

heheh..nice story..
agaknya apek tu nak cuba..try..test... buah durian tu boleh makan ker tak..baru jual...

or...moral of the story...

jangan makan buah durian yang cantik-cantik...tu sume ada racun banyak...hahaha

-Nizarejab-

hai said...

yess!saya sokong.. hasil paling banyak dtgnya dari sg.ruan..diorang ni kalau nak makan untuk sendiri,dia akan cari durian kampung orang melayu....sebenarnya,durian diorang ni 2*5 je ngan durian siam tu sebab diorang bawak rombongan dan belajar teknologi tu di siam...

adik nur said...

huhu baik ade makne rupenye diorang nih..moralnye jgn mudah tertipu..

Tepi Sungai Batu said...

AZANI,
Hati-hati dengan durian yang cantik dan nampak sedap, terutama yang dijual oleh ca-ya-nun-alif.

kl citizen,
Posman tu tak ada salah apa-apa, cuma durian cina tu memang beracun.

Tepi Sungai Batu said...

catz,
Kalau di bandar Raub, hati-hati bila nak beli durian.
Nak selamat, belilah durian kampung.

Amer,
Dia tu bukan nak bunuh posman tu, tapi buah durian tu memang beracun.
Yang dijualpun memang macam tu.

Tepi Sungai Batu said...

Nizarejab,
Biasanya buah yang cantik ini akan disembur racun dari putik sampai ke besar. Sebab tu lah tak ada ulat.

hai,
Betul tu !....Pak man selalu jumpa orang cina masuk kampung Melayu nak beli durian, sedangkan mereka ada kebun durian berpuluh-puluh ekar.

Tepi Sungai Batu said...

adik nur,
Ya betul.....jangan mudah terpedaya.

en_me said...

x phm .. naper cina teww nak bunuh posmen tewww.. uhuhu

Tepi Sungai Batu said...

en_me,
Bukan cina tu nak bunuh posman tu, tapi cina tu nak bagi posman tu makan durian(ikhlas). Cuma durian tu ada banyak racun, dia sendiri tak makan, anjing dia pun dia tak bagi makan, kerana bahaya.
Akan tetapi dia jual durian tu di pasar untuk kita semua beli dan makan.
Pekebun tu kalau dia nak makan durian, dia akan beli durian kampung yang dijual oleh orang Melayu.
Pak Man cuba nak 'tonjolkan' di sini bahawa, kalau nak beli durian jangan pilih yang cantik saja.
Di sebalik yang cantik itu ada racun yang tersembunyi.

Anonymous said...

Salam PM,
Tahun ni belum makan durian algi. Cuma makan sedikit bubur durian di surau selepas baca Yaasiin minggu lepas.
Durian tu cantik sebab serangga semua takut nak makan kerana banyak semburan beracun..

nj said...

Pak Man...
Sampai hati buat macam tu kat orang kan...hanya sebab nak untung dan mahsyur dengan durian 'sedap' tu. Di Kuantan pun ada satu kebun durian famous...area Gebeng, simpang tepi jalan besar masuk ke kebun...tak ingat dah nama tempat tu...Norma pernah makan sekeluarga kat kebun tu...tauke bangsa yg sama, memang sedap dan famous...ntah2 kes yang sama...tapi lama dah....beberapa tahun lepas.

Tepi Sungai Batu said...

Zabs,
Memang betul sangat tuuuuuu.
Racunnya ada 2 jenis, yang pertama jenis yang ditabur, untuk akar dan yang kedua jenis yang disembur secara berkala semenjak buah tu kecil lagi.
Mana ada ulat dan tupai yang berani nak makan.

nj,
Pak man tak berani nak tuduh sembarangan tapi kebanyakannya macam tu lah.
Lepas makan mesti rasa sakit tekak dan hilang suara.
Kesan jangka panjang tak tahu lah.