Tuesday, July 7, 2009

Durian cantik.......AWAS !!

Dalam entri Pak Man sebelum ini, Pak Man cuba mengenengahkan kisah durian beracun. Ada pembaca yang dapat tangkap maksudnya dan ada juga yang tak dapat. Tak apa lah, oleh itu kali ini Pak Man nak sambung sedikit lagi.
Durian yang cantik itu sudah semestinya datang dari kebun yang terjaga rapi.
Buah yang baru keluar akan disembur racun secara berkala. Ini akan dapat mengelak daripada serangan ulat, tupai dan monyet.
Sementara jagaan dari dalam pula dengan menggunakan racun yang ditabur seperti baja. Bukan saja buah, malah daun pun tak akan dimakan oleh ulat. Bayangkan betapa kuatnya racun tersebut.
Hasilnya sudah tentulah buah yang cantik.
Ini berbeza dengan orang Melayu, mereka mengawal tupai dengan menggunakan senapang, bukan racun. Sebab itulah orang cina yang ada kebun durian akan beli durian kampung Melayu untuk dimakan.
Berhati-hatilah dalam membuat pilihan kerana yang cantik itu mungkin ada racun.......





21 comments:

nj said...

Pak Man...
Sudah terang lagi bersuluh!...kena hati-hati kan Pak Man...bukan semua yang cantik itu baik...errr siapa pulak yang si cantik manis tu? Anak Pak Man ke??

Ahlami said...

pok mae, sayo pehe doh ape yg pok mae maksud kan tue...=)
meme betul...hok comey tu xsemstinya isi molek dale..bahayo..mungkin ado racun...setuju nga pok mae!

faraulah said...

Pak Man,

entry kali penuh dengan yang tersurat dan tersirat... :)

Abiey69 said...

Memang dalam sungguh isi tersuratnya.....
Nanti beli durian tuh... pilih2 lah ye....

Mulan said...

memang kena pilih betol2 pak man.. yg cantik di luar tak semesti nya cantik di dalam..

PINATBATE said...

Pak Man..
selepas tengok gambar tu baru lah jelas perumpamaan durian beracun Pak Man tu..

Memang wajar kita memilih dan membuat keputusan dengan berhati-hati..bukan setakat tengok rupa luaran saja.. kadang-kadang sekali pun rupa luaran tak seberapa cantik,isi di dalamnya molek belaka!

Anonymous said...

..berbaik sangkalah.

pB said...

simbolik wehhhh !!!!!

feeza fauzi said...

saye paham maksud tersirat pak man tu..btul,di sebalik cantik tu terselit sedikit racun..

Mother of Two said...

selalu kalau nak beli durian mak pegi beli kat ulu dong..sahih dari kebun org melayu dan tidak beracun!!

kuIna said...

salam kenal...

sy tak makan durian! hehehe

Guru said...

saya faham tentang durian tu...

tapi gambar pompuan n lelaki tu peninglah pulak memikirnya, yg beracun tu pompuan ke lelaki tu..

sorila...lambat sikit saya ni..

eiyda said...

salam pak man..
dalae sungguh maksud pakman tu dikaitkan ngan buah durian pulak..heheh ..pandai pak man ni..;)

Tepi Sungai Batu said...

nj,
Betul tu....yang dalam gambar tu adalah orang popular yang beberapa hari yang lalu kena saman oleh suaminya sendiri.

Ahlami,
Terima kasih, orang muda. Tok ramai doh loni oghe mudo hok boleh setuju denge buah pikiran oghe tua.

Tepi Sungai Batu said...

faraulah,
Hehehehehe.....kebetulan dengan musim durian.

Abiey,
Budak-budak loni.....pening ppalo ambo.

Tepi Sungai Batu said...

Mulan,
Betul sangat lah tu. Pak Man setuju.

Pinat,
Terima kasih. Selalu-selalu lah beri ingatan kepada anak-anak murid cikgu.

Tepi Sungai Batu said...

pB,
Sekali-sekalo......

Feeza fauzi,
Betul tuuuu.....Pak Man setuju.

Tepi Sungai Batu said...

Shiela,
Durian Ulu Dong memang sedap, tiada racun dan bermutu tinggi.

kulna,
Terima kasih kerana sudi singgah.

Tepi Sungai Batu said...

kl citizen,
Perempuan tu model ......tak berapa terkenal tapi boleh buat huru-hara ......bergoncang perhubungan dua negara.

eiyda,
Kebetulan.......hehehehe...2 dalam 1.

Sally said...

ermmm..rasa2 mcm dah paham..ooo..paham..paham..

Tepi Sungai Batu said...

tchersally,
Cikgu mesti cepat faham.......