Saturday, July 18, 2009

Budak-budak 'Dorm G' panjat Bukit Pelindung.

Ini kisah yang berlaku pada 1980. Beberapa orang pelajar lelaki, dari Dorm G SM Teknik Kuantan telah mendaki Bukit Pelindung. Peristiwa ini berlaku di suatu pagi minggu. (macam karangan budak UPSR laa....)
Sebenarnya Bukit Pelindung ni tak la tinggi sangat. Tiap-tiap petang beratus-ratus orang warga Kuantan akan berjoging naik dan turun Bukit ini.
Di puncaknya ada menara pemancar telekomunikasi. Pada waktu itu (1980) ada pasukan tentera yang berkhemah dan menjaga keselamatan menara pemancar itu. Sekarang ni Pak Man tak pasti ada lagi ke tidak tentera yang mengawal di puncak bukit itu.
Kalau budak-budak sekolah, terutama nya budak-budak asrama dari sekolah Teknik, Vokesyenal dan Alor Akar naik ke sana, mereka akan dilayan oleh askar-askar ni. Borak-borak sambil minum air oren.
Pak Man nak cerita lah sikit tentang layanan istimewa ni........
Salah seorang dari abang-abang ni ajak kami ikut dia gi tengok jerat kancil yang dia tahan dalam hutan. Kami pun ikut lah. Sampai di satu kawasan, dia suruh kami semua tunggu tepi jalan dan hanya seorang saja yang boleh masuk ke hutan bersamanya.
Dia pilihlah salah seorang kawan Pak Man, nasib baik sungguh kawan tersebut, kerana dapat tengok jerat kancil .(Kata hati Pak Man).
Sepuluh minit kemudian , kami dengar kawan kami tu menjerit dan berlari keluar dari hutan ke arah kami. Dia cakap,"Cepat lari ! , cepat lari !".
Kami semua pun lari lah lintang pukang turun bukit. Laju sungguh. Nasib baik tak tersungkur.
Kenapa kawan tu bertempik?.
Dia tak cakap apa-apa. Diam membisu seribu bahasa. Sampai sekarang ni Pak Man masih dok fikir lagi.
Tapi sekarang ni Pak Man dah mula dapat jawapannya.
Kawan Pak Man tu ada lah budak yang paling comel antara kami semua. Putih dan lembut.

16 comments:

PINATBATE said...

HUHUHU..! TAKUTT..

Achu Tra said...

woo..bahayo tuh pok mae...takut keno "bersumpoh" payoh pulok..he..he

hai said...

Kami pernah tinggal kat perumahan di kaki bkt.pelindung tu,sebab asrama dah penuh..rasanya hampir tiap2 minggu ktrg naik ke puncak tu.. masa tu tak de tentera dah..
apa yang paling menakutkan kami waktu itu kerana ada seorang pemuda cina yang 'gila' suka datang berhampiran tanpa seurat benang,nasib kami tinggal hampir 30 orang..so berani la jugak..waktu itu cuma ada 2 baris rumah dan tidak ramai penghuni lagi ..tapi kerana tak tahan sgt,kami penah telefon polis...sygnya dia terlepas..

Guru said...

rumah MIL kat tok sira.. dekat ngan tempat ni kan..

Anonymous said...

Sib baik tak kena dgn pape dgn askar bi

Zaki said...

Hok kawe ingat,masa asrama tak ada air, kat kaki bukit tu la tempat kita mandi.

kobe said...

JAHAT SUNGGOH ASEKAR ITU

Sally said...

fuhhh..sib baik bukan PM yg jadi intan terpilih..

kawan PM tu skrg di perantauan ke?

cikMilah said...

errrrrkkkkkk....!

Tepi Sungai Batu said...

Pinat,
Memang bahaya. Baik ada makna tuuuu.

Achu Tra,
Hahahaha.....kalu kena bersumpoh di masjid, Pok Mae tak nak masuk campur.

Tepi Sungai Batu said...

hai,
Orang gila tanpa seurat benang, ini lagi parah ni.

kl citizen,
Tok Sira memang dekat sangat. Tempat kami sembahyang Jumaat dulu tu.

Tepi Sungai Batu said...

Zaki,
Pergi mandi di kaki bukit tu memang seronok, tapi bila jalan kaki balik ke asrama berpeluh.....macam tak mandi.

kobe,
Memang jahat. Budak-budak sekolah dijadikan mangsanya.

Tepi Sungai Batu said...

tchersally,
Kawan PM tu ada di M'sia.Tak pernah kerja luar negara tapi lepas SPM dia dapat gi US. Dah jadi perunding kepada projek-projek mega. Murah rezeki dia.


cikMilah,
Memang errrrrkkkkk !!!!.

Mother of Two said...

eiii..sungguh jahat sekali, nasib kawan pakman tak apa2..then nasib jugak bukan dia pilih pakman kan...:)

Tepi Sungai Batu said...

Shiela,
Alhamdulillah......tak apa-apa. Kawan Pak Man tu dah naik haji dah. Sekarang ni dia dah jadi Tuan Haji.

Jeff Syiru said...

Tok Sira? heheheh teringat zaman study dulu salu pegi lepak umah kwn kat situ, pastu lepak kat TC.. heheh

PM askar tu ok ke? melepas la dia ek? hehehe