Semalam kawan Pak Man Ustaz Hashim beritahu Pak Man, "Hati-hati sikit kerana 3 hari lepas ada orang kampung terserempak dengan harimau bersama dua ekor anak merayau-rayau di hulu Sungai Batu".
Rumah mak mertua Pak Man terletak di tepi Sungai Batu dan beberapa KM saja dari hulu sungai tersebut. Kambing memang makanan kegemaran harimau............ooohhhh risau....risau....
Tahun lepas pokok-pokok balak di hulu sungai tu telah ditebang. Tanah telah digondolkan. Mana lagi harimau nak duduk, masuk kampung lah........
18 comments:
kalau tengok bukit bukit keno tarah , smeto smeto tu jugok hati jadi panasssss
PM,
ambil langkag berjaga2 ya..
kalau macam tuh... ambik tokeh tuh buat umpan...
alakullihal... berhati2 ye
pB,
Panas hati......tapi nak buat lagu mano, terima saja lah.
tchersally,
Ya...malam Pak Man memang tak keluar, biar lah kambing tu mengembekkkkk sampai pagi.
Abiey,
Tokey tu dok di bandar, tempat mana yang keluar balak tu pun dia tak tahu. Yang dia tahu terima duit juta-juta.
Jalan rosak.....orang kampung yang susah, tokey dok di bandar senang-lenang.
issyy..seram ni Pak Man..
Kawe pun nak marah bila dengar hute kita banyak kena gondol. Ore kaya xpolah. dia duduk bandar. xjupo rimau. acu try dok tepi hutan teh.. mesti takut jugok.
Pak Man...
Berhati-hati...
pak man, takutnye dok kmpung..jom pindah bandar..hehe
Pak Man..
eii..takutnyer!! hati2 pak man..jaga anak2 kambing tu..
pak man,
dah beritahu perhilitan ke?
Pinat,
Seram sikit-sikit lah...
Sekilas pandang,
Begitulah hakikatnya......
nj,
Yaaaa.....mesti.
Terima kasih.....
Nour,
Kalau semua orang pindah ke bandar, sapa nok dok di kampung?
Nanti kampung akan penuh dengan Indon dan Bangla pula.
eiyda,
Terima kasih......
InsyaAllah selamat.
AZANI,
Mungkin dah lah agaknya kerana Tok Penghulu dah tahu.
ni la masalahnye klau teroka hutan tpi xde perancangan utk habitat....pernah jadi kes mcm ni di Rompin satu mase dulu....tapi xtau ending die mcm mne pak man...
Salam Pak Man,
Ya lah, bila ayam berkokok 'hari mau' siang dan harimau mau makan...
salam pak me,
lain kali masuk hutan, bawak kambing sekali. dia terja kambing dulu, kita de lari. kalu kita lari slow, bawak kambing banyok sikit.
FIRZA,
Kisah balak ni tak akan ada penyudahnya. Sekarang ni kayu sebesar batang pensel pun mereka tebang.
naha,
Bagai mana dengan taring harimau?, tak berminat ke nak buat batu cincin?.
Cikli,
Hahahaha....naka sungguh Cikli nih. Pok Mae ada satu lagi idea....lagu mano kalau kita bawak kari kambing dalam tin?....lagi sedap.
Post a Comment