Semalam hari Jumaat, kambing beranak dua ekor.
Alhamdulillah, semua selamat, tak payah panggil doktor.
Jantina nya belum pasti, tetapi .....hatiku gembira tak terperi.
Ibu nya seekor ibu tunggal, bapaknya mati sudah sepenggal.
Tabah sungguh hati ibu, bergilir-gilir anak menyusu.
Walaupun hatinya walang, tapi anak tak akan dibuang.
17 comments:
rezeki tu pak man, bisanya kalau sepasang, jantan betina ,nampaknya makin membiak rezeki pak man,Alhamdulillah.
Pak Man...
Tahniah dapat tambah 'rezeki', hari Jumaat pulak tu...InsyaAllah bertambah murahlah rezeki Pak Mat...
Alhamdulillah PM!.. dapat 2 ekor sekali gus..kembali jadi tiga ekor kan..tu la rezeki Allah bagi..bela elok2 tau..nama ape si comel dua ekor tu??
Tahniah,
Bertambah rezeki Pak Man.
kalo kat kg dulu,
bila kambing beranak kembar,
kena bagi susu formula..susu 'ibu' tak cukup... :)
Tahniah Pak Man.
Moga Si Ibu dan anak-anaknya sihat semuanya.
hahah!!! pak man, bapak kambing tak sama dengan bapak orang..
bapak kambing satu hari akan kawin dengan anak sendiri.. heheee..
bestnya dapat 2 anak kambing comel.. bagi la nama pada dia...
itu namonyor rezeki ...
rezeki hok Allah janji kalau kito ni reti berusaha ...
jadi bidae kor??
Alhamdulillah!
mudah-mudahan diberkati rezeki PakMan..dah letak nama ker anak-anak kambing ni Pak Man?
AZANI,
Alhamdulillah, rezeki.
nj,
Mudah-mudahan akan bertambah murah laaaa rezeki kita semua.....amin.
teachersally,
Belum ada nama lagi....tengah fikir.
faraulah,
Betul tu...nampak gaya nya tak cukup tu.
lina,
Terima kasih.......
Neeza,
Terima kasih......
InsyaAllah dua tiga hari lagi akan diberikan nama untuk mereka berdua.
pB,
Dok eeehhhhhhh......dio beranok sendiri jahhh.
Pinat,
Terima kasih.........
InsyaAllah dua tiga hari lagi akan ada nama lah .
salam ziarah
suka baca entri ni.. tahniah kepada tuan kambing... murah rezeki
comelnyor anak kambing tu!!
Tahniah pada Pak Man..moga bertambah rezeki pak man nanti..;)
kl citizen,
Terima kasih kerana sudi ziarah.
eiyda,
Aminnnnn.........terima kasih.
Salam Ukhwah! Blog yang menarik! Nostalgia!
Abah Aman,
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Pak Man ni.
Post a Comment