Habis semua ubi kayu Pak Man kena sondol oleh babi hutan. Pagar ditebuk sana-sini. Pak Man tampal sana, dia tebuk sini. Pak Man tampal sini dia tebuk sana. Pak man risau juga kalau-kalau babi tersebut ada yang demam selsema. Nanti tak pasal-pasal berjangkit pula.
Jadi Pak Man beli pagar baru. InsyaAllah dalam sehari dua lagi siaplah proses menukar pagar. Harap-harap selamatlah pokok pisang dan bolehlah ditanam semula ubi kayu yang baru.
Babi ni tak habis-habis menyusahkan umat manusia.
16 comments:
PM:teringat kisah berdarah saya dulu semasa mula mula buka tanah buat projek tani,binatang ni juga yang ngacau.Masa belum tanam dia tak datng, dah naik tumbuh pokok dan mula berbuah, dia serang.
AZANI,
Pak Man ada baca entri tu.
Ini lah antara cabaran-cabaran orang berkebun.
dulu kat rumah lama kami, di Jalan Tras, banyak melanda wabak babi hutan ni. Habis semua kena sondol.
:D
Salam Pok Mae ....
hmmmmm
harap harap cepat lar paga tu naikkk
Mae,
Baco entri ni, ingat Penor dulu ye, banyok sunggoh babi hutan masa tu. Dok main tepi rumoh je. Pah tu bila kita eskot 20 orang banduan balik kije projek, babi hutan pun melintas 20 ekor depan kite. Dio buat dono je...
iyerler pakman, abg sy tanam ubi kat temau jugak kena sondol ngan babi.. ntah dtg dari mana tak tau..
Memang keje babi ni suka kacau sume benda termasuklah manusia .
Harap pagar baru ni dapat jadi 'kubu' kebun Pakman.
pak man...
Tak reti duduk diam khinzir tu ye...cuaca panas agaknya...tu yg lapar sokmo tu!
PM,
minta izin nak ckp Klantan sikit..: "nnate sungguh nnate babi nih!!" ...
babi tu makan ubi pakman ke?
memang babi ni binatang tak elok kan...
Kesian ko Pak Man..
Jahat sunggoh babi tuu!! Harap2 lepas pagar tu naik nanti binatang tu tokleh datang dekat..
lina,
Benda ni memang pakar dalam hal sondol-menyondol ni.
pB,
Pagar tu dah siap doh petang semalam.
Lee,
Hoooo...Penor memang banyak menatang nih....kenangan mengusik jiwa.
Shiela,
Banyak sungguh......orang kata babi ni bilangan anaknya mengikut bulan. Kalau beranak bulan 12, maka 12 ekor lah yang keluar.
Silversarina,
Alhamdulillah.....pagar sudah siap.
nj,
Kalau lepas hujan lagi kuat dia menyondol, kerana tanah lembut. Muncungnya tak lah sakit.
tchersally,
Memang nnate babi nih tak reti baso.
Neeza,
Ya..dia makan ubi Pak Man. Kalau nak sangat pun, tunggu lah Pak Man rebus dulu.
eiyda,
Harap-harap macam tu lah. Pagar dah siap dah semalam.
Pak Man,
Kalo arwah tok saya dulu, dia ada kebun durian di Jeli
Dua buat pagar "karan"
guna bateri kereta,
memang berkesan kepada binatang liar dan juga manusia..
faraulah,
Oooo...macam tu......ok jugak tuu.
Post a Comment