Thursday, May 21, 2009

Tarik diri - Lupakan saja Liga Super.

Pak Man sokong cadangan Tan Sri Annuar Musa, kemungkinan pasukan Kelantan menarik diri dari meneruskan perjuangan dalam Liga Super.
Pak Man rasa pemain-pemain Kelantan didera supaya mengharungi perjalanan beribu-ribu km seminggu untuk berlawan. Ini satu keadaan yang Pak Man anggap berat sebelah.
Hari Sabtu mereka terpaksa bertolak ke Perlis, ok biasa lah tu, main tempat lawan. Perlis menunggu di Kangar. Lawan dan kalah........
Esoknya balik ke KB. Hari Isnin bertolak pula ke KL, kerana jadi tuan rumah kepada Perlis. Nak jadi tuan rumah terpaksa menempuh perjalanan sekurang-kurangnya 6 ke 7 jam. Apa punya peraturan ni?. Pak man rasa ini lah satu-satunya pasukan dalam liga bola sepak di dunia ini yang stadium tuan rumah berada 6 atau 7 jam perjalanan dari tempat tinggal pasukan tersebut.
Kadang-kadang akan berlaku keadaan dimana pasukan pelawat lebih dekat dengan stadium berbanding dengan pasukan tuan rumah.
Masa pasukan Kelantan banyak dihabiskan di dalam bas daripada berlatih di atas padang. Mereka sentiasa dalam keletihan. Mereka patut dapat anugerah 'Pasukan Paling Banyak Travel'.
Kutipan tiket dah semakin berkurang, Kalau di Kota Bharu, setiap kali perlawanan sekurang-kurangnya 20000 orang akan datang ke stadium. Belanja makin banyak, kutipan semakin kurang.
Peminat sudah mula menjauhkan diri. Mereka hanya dapat berita melalui akhbar dan TV saja. Keghairahan semakin kurang. Adakah ini yang FAM mahu kan?.
Jenayah yang berlaku di luar stadium itu serah kan saja kepada polis. KAFA tak ada upaya untuk mengawalnya.
Kenapa pula pasukan itu yang terpaksa menaggungnya?.
Sekali lagi Pak Man mencadangkan agar KAFA tarik diri saja. Duit baki yang ada dalam poket tu sedekah saja kepada anak-anak yatim. InsyaAllah akan dapat ganjarannya.

18 comments:

lina said...

Kalau dalam bas dapat miles point mcm Enrich ke Kris ke, syok jugak kan Pak Man kan nak travel beribu-ribu KM saban minggu.

pB said...

pB setuju dengan cadangan Pok Mae nie

Tepi Sungai Batu said...

Lina,
Terima kasih kerana bagi respon.

pB,
Terima kasih kerana setuju.

Mulan said...

ya betoooll.. tak patut jugak. sebab penyokong kelantan antara yg mewarnai sukan bolasepak yg hampir kelam di malaysia.. takde pasukan kelantan, rasanya lagi kelam bolasepak di malaysia..

aza ni said...

PM:saya pun turut sedih,walaupun bukan pasukan negeri saya, tapi yelah namanya pun bersukan,mesti ada dua pihak,saya tak nampak apa baiknya yang sedang FAM buat, tapi macam PM cakap, macam mendera.Itu tak patut,Kalau nak hukum, hukumlah yang benar benar buat pasal,saya percaya ramai penyokong kelantan yang semangat sukannya lebih lagi dari yang nak bergocoh.Sebenarnya kalau duduk semeja,bincang, banyak jalan yang kan terbuka untuk menyelesaikan masalah.

Lee D'Langkawi said...

Mae,

Kawe tak nok komen sangat pasal bola ni sbb tak reti sangat. Lagi pun jarang ikut perkembangan bola ni. Tapi kalu gitulah gayanya, kawe sebagai rakyat Klate ni sokong sangatlah biar KAFA tarik diri je. Wak abih ko pitih.

Achu Tra said...

Pok Mae..ambo setuju bena....tarik diri lagi molek drpd dok perabih duit gi maghi-gi maghi!!

Tepi Sungai Batu said...

Mulan,
Betul tu.....tersangatlah betulnya.

AZANI,
Oleh kerana dua tiga orang buat onar, habis satu negeri kena hukum. Kalau nak harapkan FAM, nak dapatkan 10000 orang yang datang pun sakit. Orang yang buat keputusan tu nampak macam ada benda yang tak betul.
Di awal musim dulu, kerana hujan lebat, tak dapat main, padang teruk, Kelantan dikira kalah 3-0.
Lepas dua tiga bulan tarik balik....apa punya keputusan ni.

Tepi Sungai Batu said...

Lee,
Kalau tak masuk liga M pun apa. Kita buat liga kita sendiri. Pok Mae boleh jadi pengurus pasukan Badak. Singapore yang luas sekangkang kera tu pun boleh ada liga sendiri. Kor lagu manoh?.

Achu tra,
Ya ...kalu badan dah letih macam mana nak main bola?.
Jawapannya kita dah tahu....kalah...kalah....dan kalah....

FIRZA said...

patut lantik Pak Man jadi pengerusi FAM...idea bernas...xmacam yang sedia ada skang...name je blaja tinggi...otak sempit...

Anonymous said...

Cikgu Man,
Saya setuju.. kalau tak pun, bagi je pemain2 tu duit bonus.. Boleh gak dorang buat belanja..

Zaki said...

kawe sokong 100%
.
.
.
kawe sokong demo jadi presiden FAM.

Tepi Sungai Batu said...

FIRZA,
Itu terlalu besar bagi Pak Man.
Tukang ulas di kedai kopi layak lah Pak man ni.

Catz,
Pak Man setuju tu.....
Harga minyak dengar khabar nak naik lagi.

Zaki,
Hahahaha.....bedo'oh lalu demo nih.
Presiden Persatuan Orang Berjanggut layak lah....

GombakRock said...

FAM yg sepatunya membangunkan bolasepak di negara ni telah "membunuh" bolasepak di negeri kelantan!!!kurang meriah liga super bila kelantan merudum... FAM=BONGOK!

Neeza Shahril said...

kalau dapat naik flight, okay gak kan Pak Man.. hehehe..

jebatahan said...

Ambo setuju ngan Pok Mae..
FAM nie meme nok membunuh mutu bolasepak di kelate. baik kito buat liga sendiri. pitih pun x abis banyok.

Saing sekelas pok mae wakil malaysia veteran mgg depe dale kejohanan Dubai Tri-Nation kt sini. doa lah biar Mlaya mene lg deh. 3 tahun berturut Malaya wat kelik piala tuh. harap2 tahun nie pun mene lg.

Tepi Sungai Batu said...

GombakRock,
Terima kasih. Selangor terus Maju!.

Neeza,
Mano ado pitih nak nak menggu nok naik flight.

Jebat,
Biso sungguh saing ambo tu....harap-harap Malaysia jadi juara. Buleh lagi ko dio hungga?.

Pak Zawi said...

Pak Mae,
Pak Zawi sokong tarik diri dari Liga M. Stadium Sultan Muhamad IV pula boleh kita jadikan Stadium Tomoi terbesar didunia. Sukan Tomoi ni senang sikit bab kalau penonton nak bertomoi sesama sendiri pun boleh juga jadi tak perlu ada polis mengawal.