Sudah banyak kali dah orang tulis dalam surat khabar dan komplain dalam tv, radio dan sebagainya tentang tandas awam di negara kita ini.
Tapi kali ini Pak Man nak meluah kan rasa SEDIH, KECEWA dan GERAMMM terhadap pengguna-pengguna tandas awam yang tak bertamadun.
Cuba bayangkan betapa kecewa nya kita yang betul-betul memerlukan ......tapi bila masuk..... MASYAALLAHHH.........najis bersepah-sepah, kepala paip semua dah kena cabut, plastik bekas hidu gam bersepah-sepah......perut yang sakit terus jadi baik(usus perut terperanjat).
Bila laaaaa agaknya orang kita ni nak sedar...........
18 comments:
sebab tu saya rela tahan dari guna tandas awam Pak Man... tengah dah emergency pun saya boleh tahan lagi... XD
pak man
lama saya tak komen hehehee
ya saya pun...perut saya pun boleh baik kalau nengok itu semua..otomatik tu neuron2 bersambung bagi tau
hehehe
Salam PM,
Mungkin perlu pasang CCTV dalam tandas kot?...haha...atau papan tanda.."Anda Sedang Diperhatikan".
Lina,
Betul tu......macam man nak jadi negara maju?
Fid,
Siapakah yang sepatutnya bertanggung jawab mengubahnya?
Slogan demi slogan bertukar ganti.
Perubahan masih tak ada.....
Zabs,
Agaknya pihak berkuasa dah mati akal dah. Tak tahu apa nak buat dah....
PM,
sikap..sikap..dan sikap..itulah pokok pangkalnya..
Mentaliti orang kelas ke 3,
itu tandas awam,
Tandas2 kat masjid pun lebih kurang sama,
pampers dibuang merata-rata
pak man
yang dah tua2 kita takleh wat apa dah
yang baru nak lahir yang kita kena adjust..
maybe kalau saya jadi menteri(berangan) saya nak cadangkan bagi kelas 'cara-cara menjaga tandas awam..tandas masjid surau dan tandas sekolah' kepada parents to be.
buat exam sikit..siapa fail bill bersalin check up charge mahal2....kalau lulus ja baru bagi discount ka free ka...
macam tak relevan pula kan...
gamaknya untuk bdak sekolah kena potong markah kalau tandas sekolah kotor bleh ke???
macam tak masuk akal la plak....
negara2 maju bersih plak tandas diaorang..ke nak kena cari solution high technology...
???
toilet akan hilang kalau lepas digunakan....tekan satu button kuar balik....
wah panjang plak komen merapu saya ni
komen tambahan(komen pun ada tambah2 ka?)
sebenarnya bab menggunakan tandas ni 'bermula dari rumah'
sebab saya tengok kawan2 anak saya usia 2-7 tahun...
mengumpat la pula jadinya..
ishh....kalau yang parents 'tak kisah' tu memang mereka pun tak kisah...lepas guna toilet para pengasuh nursery kena ingatkan sila flush..simbah air etc..yang parents kisah pandai pula settlekan....
Bila lah nak selesai masalah tandas ni, kena tunggu 2020 kot baru ada sedikit perubahan, kot ada :(
Cikgu Man,
Teringat zaman Tun M dulu.. Kalau dia gi mana2 tempat awam - confirm dia akan tgok toilet..
Macam rumah juga, kalau tandas bersih - insyaAllah tuan rumah tu mesti pembersih orangnya..
kat sini kekurangan tandas awam.. tapi kalau tandas kat shopping complex mmg 24 hours standby cleaner:)~
tchersally,
Betul tu...sikap tak berubah, malah makin teruk adanya.
faraulah,
Mentaliti kelas tiga.....betul lah tu.
fid,
Terima kasih diatas komen dan cadangan yang bernas itu.
Silversarina,
Sama-sama lah kita tunggu 2020 nanti.
Catz,
Betul tuuu....
Shiela,
Alhamdulillah.....baguslah.
public toilet,tandas awam, patut tukar nama, kandang ****
AZANI,
Hahahahaha.....marah betul nampaknya.
taklah PM ,sedih, sikap segelintir menyusahkan orang lain.
Post a Comment