Friday, April 24, 2009

Satu Malaysia

Tengah hari semalam, sambil menunggu anak habis kelas tambahan, seorang kawan datang dekat kereta Pak Man. Ada hajat besar nampaknya.
"Assalamualaikum, Boh(boss)!". Dia ni semua orang dia panggil boh(boss).
"Waalaikumussalam". Kami bersalaman.
Diringkaskan cerita, kawan tersebut bertanya kalau-kalau Pak Man tahu atau ada kenal dengan mana-mana orang yang boleh tolong bawa seseorang yang nak kahwin di Golok, Thailand.
Pak Man kata, "His..mana lah ambo tahu....tak dok!....tok beso buat kerjo nih."
Kawan ni sebenarnya nak nikahkan adik lelakinya.
"Bakpo pulak?"
"Boh, ambo raso sedih, kecewa, nok maroh, sakit hati dan terhina sekali."
"Bakpo?".
Dia kata adiknya kerja di KL, sudah jatuh cinta dan sepakat nak kahwin dengan seorang gadis dari negeri X. Mereka pun bersiap-siap nak pergi merisik. Tiba-tiba adiknya telefon beritahu tak payah pergi lah kerana keluarga perempuan tu dah cakap awal-awal.......akan mereject pinangan mereka. Terduduk mereka sekeluarga. Emaknya terus pening kepala, tak lalu makan.
Akhirnya kawan kita ni dapat menghubungi keluarga gadis dan dapat bertanya sendiri, apakah sebabnya ........
Jawapan nya ialah mereka tak suka orang Negeri Y. Kenapa?.....entahlah....sebab banyak cerita-cerita tak elok yang mereka dengar tentang orang negeri Y ni.
Dia kata tak semua orang negeri Y jahat.
Orang tu kata, macam Israel lah kalau kita boikot, kita akan boikot semua sekali.
"Ambo tak leh terima boh....dia samakan kita dengan Israel !".
Pak Man rasa cukuplah dulu kisah kawan kita ni......
Pak Man terfikir macam manalah nak jayakan konsep 'satu Malaysia 'ni, Melayu dengan Melayu pun tak leh nak bersatu. Sama seagama pun tak leh nak berbaik-baik, apa lagi dengan bangsa asing.

30 comments:

lina said...

sampai begitu sekali kefanatikannya sesetengah orang ni ye...

kat sini pun, ada orang melayu yang cakap pada saya dia anti orang dari negeri yang mula dari huruf T dan K, kecik gak hati saya sebab suami saya orang belah sana... Macammana lah orang kita ni ye...

pB said...

salae pok mae

boh pB sini ado sorghe , dio Orghe Negeri J.

Mok dio worning awal awal doh , kalu nok cari bini jangae cari bini dari Negeri Cik Siti Wae Kembae .....


Ni lah orghe kato , sebab Nilo setitik , habis susu sebela'ngo

pB said...

Isroellll ....

Gitu mo lalu nah , kor , beci dio tu ......


orghe negeri dio tu , semuonyor molek kor??

Sally said...

wah..panas isu nih..rasa2nya baik kita ambik jln tengah..mereka yg berpendapat sedemikian mungkin tak berlaku adil..ttg kenegerian ni Sally alami juga..tp tak ambil kisah pun..ttg tanggapan org yg bkn dr negeri K terhadap org negeri K dan sebaliknya tu dah berlarutan lama..sebenarnya isu2 kenegerian kalau di negeri2 selain dr K tak begitu ketara..mungkin rakyat negeri K lebih kuat patiotisme terhadap ng K..kija tidak masakan Sally dan org2 yg bukan dari negeri K dipanggil "orang luar"..skali skala sedih juga dipanggil begitu..

Sally said...

ade juga dikalangan rakan2 di sini lebih selesa meletak syarat pd anak2 agar mencari jodoh dikalangan org K juge..hmmm..

GombakRock said...

terus-terang saya katakan semangat kenegerian ini hanya akan memundurkan kita...

tak kesah lah orang dari negeri mana kalau al-qur'an dan hadis jadi pedoman baiklah ia...jika al-qur'an dan hadis ditinggalkan buruklah ia..

tulipurple said...

bukan ker agama yg menjadi ukuran penting utk mencari pasangan...sedey mendgr masih ada yg begitu fanatik dan memandang serong pd yg lain....apa ingat 'puak' dia tu baguss sgt ke??!

aza ni said...

PM,assalamualaikum,
Saya suka berkawan dengan semua warga negeri di Malaysia, saya akan cuba masakan etnik negeri tersebut, saya akan cuba bertikam lidah pakai loghat negeri itu bila bersama orang negeri itu, kayanya negara aku.

anyss said...

Betul!3x
Banyak weh jenis kenegerian ni. Asal je kata kg dok kelate...mmmmm terus je kata ore kelate ni jahak. suka kekoh. suka baloh. Ore kelate bodo pilih tok guru...sape tak rasa marah. Nasib baik kaba lagi, kalu tak kaba...sah2 dah kena pelekuk atah pale. Lembe je meja biar tebalik kuang. mace ler dia tu baik sangak.
Mase dia tak tau kite ore kelate, buke main baik lagi. Puji melambong2. Bangga la konon2nya tak rama ore melayu berjaya...ceh! haprak semer tu.
Padahal dengki rakyak kita rama berjaya. Rama keja besar. Rama masuk U, ngaji tinggi.
Ore gitu pong ader....
Tulih panje2 ni karang...kang tak pasal2 dok kuca blog ore. Mintak maah, tuan blog he he he teremosi jab

jebatahan said...

Isu nie hok buat panas hati nie, ambo pun pernah keno sindir jugok maso duk ngaji di U. Demo tuh kato oghe Kelate nie Assabiyah. Saing samo sendiri jah, padahal oghe lain x sir saing ngan kito jah.

Royat ko saing PM tuh, kalu nok ambo tulong pun buleh. Ambo ado ramai jugok saing2 alik sano hok buleh tulong. Bendo baik nie kito keno banti-membantu.

Anonymous said...

Cikgu Man,
Jayakan konsep Satu Malaysia tu segera.. bahaya ni..

Krafdunia Design said...

Assalamualikum Pak Man,

Abang dan kakak sy kawin dengan bangsa lain dan sebenarnya takde masalah pun. Konsep Islam dah berjalan segar cuma orang melayu ramai yang terlalu berpegang pada adat, budaya dan kata2 orang hingga jadi halangan pulak.

Anonymous said...

Salam Cikgu,
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Jadi nak jadi sebab musabab lah kalau macam tu.
Satu Malaysia, bukan tak boleh tapi dipilih2 yang mana nak buat baik...tulah masalahnya. Wallahua'lam.

Zaki said...

rata2 ore yang berkawan dan kenal dengan kawe kata ore kelate ni baik2, masaalah nya ore yang buat penilaian ini tak pernah bergaul dengan ore2 kita, mereka ni dengar cakap2 org je.....pendapat ambo lah.

ingatlah....satu jari menunjuk org lain, 4 jari lain tunjuk kemuka sendiri.

faraulah said...

Pak Man,

Emak saya pun mereject 'orang luar'
nak wat rano tu?...

Tepi Sungai Batu said...

Lina,
Sebenarnya orang jahat ni ada di mana-mana.......tapi kalau dia tu anti semua orang dari negeri tertentu sahaja, itu tak betul tu.

pB,
Sepatutnya mak dia kena kata, kalu nak cari isteri carilah wanita yang solehah, tak kira dari mana asalnya.Paras rupa kalau boleh biarlah sesedap mata memandang.

Tepi Sungai Batu said...

tchersally,
Istilah 'orang luar' ni Pak Man pun tak boleh nak komen apa-apa.Tak tahu lah juga macam mana boleh timbul istilah tu.

GombakRock,
Pak Man setuju 100%. Rock, rock lah jugak tapi Al qur'an dan hadis jangan tolak tepi.

Tepi Sungai Batu said...

Tulip,
Betul tu....agama dulu yang patut diletak kedepan. Syarat-syarat lain tu tak lah begitu penting. Semuanya kosmetik duniawi......

AZANI,
Kalau semua orang macam anta, amanlah dunia ni. Bukan saja dapat satukan Malaysia, tapi seluruh dunia Islam akan bersatu.

Tepi Sungai Batu said...

anyss,
Sabar anyss....sabar!
Pak Man faham semangat orang muda macam anyss ni. Pak Man dulu pun pernah muda. Silap sikit nak 'lerat' meja sampai terbalik kuang.Pak Man tak marah...anyss nak tulis panjang-panjang pun tak apa. Lepaskan apa yang terbuku di hati. Baru rasa legaaaaaa.

Jebat,
Wow! demo ada saing dok alik sano?.....boleh tulong bila-bila masa?...ini berita baik nih.
Kena KIV duluh.(hehehehe....Pok Mae main-main jahhh).

Tepi Sungai Batu said...

Catz,
Ayuhlah semua, kita bersatu!

naha,
Pak Man pun pelik juga.....sepatutnya janganlah berpuak-puak.Kira satu agama sudah....jangan kira bangsa atau warna kulit. Kalau dah suka sama suka....kahwin!

Tepi Sungai Batu said...

Zabs,
Pak Man pun rasa macam tu juga. Kalau budak berdua tu tak jadi kahwin, kita kira budak berdua tu tak ada jodoh laaa. Kan jodoh pertemuan tu di tangan tuhan.

Zaki,
Pendapat demo tu adalah melalui pengalaman demo....
Kawe terima, betul jugak tuh.

Tepi Sungai Batu said...

faraulah,
Pak Man kahwin dengan orang Pahang, keluarga Pak man tak dok masalah.
Mak Mertua Pak man, menantu nya ada orang Penang, ada orang Johor, ada orang Melaka,ada orang Perak, Pahang dan Kelantan.
Berwarna-warni cucu-cucu nya.
Dalam kes faraulah ni Pak Man tak leh nak kata apa lah....dah Mak faraulah dah kata gitu.
Susah jugak nak komen.

aza ni said...

PM:kalu semua macam saya payah jugak,mulut saya ni payah nak kawal,kalau tak berkenan memang lepas cakap.Itu yang payahnya.

Tepi Sungai Batu said...

AZANI,
Pulak.....tapi kalau berani cakap yang benar tak pa. Janganlah yang betul pun kritik, yang salah pun kritik. Akhirnya tak tahu yang mana salah dan yang mana betul.

Neeza Shahril said...

kalau dia reject sebab mat tu kurang solat ke, suka berjudi ke, boleh jugak terima akal.
Ini sebab dia berasal dari negeri tutttttt...
tak boleh lah gitu kan..
Abis tu, orang negeri tutttttt tu nanti kena carik orang negeri tuttttt tu jugak ke??
tak berkembang la wehhhh!!

silversarina said...

Negeri mana yang sama dengan Israel tu ????


Saya dulu banyak jugak negeri2 yang saya warning anak2 agar jangan cari pasangan dari negeri2 tu , tapi sekarang tak kisah dah, yang penting mesti yang kuat agamanya.

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Betul tu...tak berkembanglah kalau macam tu.

Silversarina,
Tak kisah dari mana asalnya ....janji beragama dan keturunan orang baik-baik. Pak man setuju tu.

hazmi mat zain said...

Sakit hati jugak dengarnya. Tak semua orang K ni jahat dan percayalah, agama perlu dijunjung dalam pencarian jodoh. Insya Allah berjaya.

Unknown said...

alahai~~~
macam-macam orang nih. jenis macam ni pun ada jugak rupanya...

Tepi Sungai Batu said...

Hazmi,
Betul tu...Pak Man sokong 100%.

Akmal,
Manusia ni ada macam-macam......