Kali ini Pak Man nak bercerita tentang kisah yang mungkin boleh kita jadikan teladan dalam menjalani hidup ini.
Ini sebuah kisah benar yang berlaku betul-betul di depan mata Pak Man. Setiap pagi bila Pak Man nak menghantar anak ke sekolah, Pak Man akan melintasi sebuah pondok menunggu bas. Seawal 6.30 pagi lagi seorang mak cik telah duduk tercongok di situ. Mak cik ni dulu nya adalah seorang kaki tangan kerajaan. Lebih kurang 4 tahun yang lalu mak cik ni telah pencen. Suaminya juga seorang kaki tangan kerajaan dan juga telah pencen.
Lebih kurang 2 tahun yang lalu, suaminya telah kahwin dengan seorang janda yang menjual sayur di pasar. Pergi entah ke mana. Meninggalkan makcik ini keseorangan.
Bermula dari hari itu, mak cik ini akan menunggu di pondok itu dengan harapan suami nya akan kembali. Setiap bas yang lalu, mak cik ini akan menjengah dengan penuh harapan.
Begitulah keadaannya setiap hari selama 2 tahun. Dari 6.30 pagi hingga lah Maghrib. Beliau akan balik hanya untuk makan tengah hari sahaja.
Mak Cik ini tidak sewel, beliau normal. Cuma beliau amat yakin yang suatu hari nanti suaminya akan kembali.
Suaminya memang hensem dan tinggi. Semasa muda dulu, suami ini amat patuh dengan isterinya. Dulu,Mak Cik ini adalah seorang isteri yang bengkeng. Itulah cerita jiran-jiran nya.
Pak Man tak tahulah sampai bila mak cik ini akan menunggu.
20 comments:
kesian makcik tu... dia mungkin normal tapi fikirannya sedikit terganggu kot Pak Man..
bila cakap bab bengkeng.. hmm.. husband dia ada choice kan.. wife bengkeng, cari je lain.. jadi, untuk diri ini dan kaum hawa yang lain, tak leh la bengkeng sangat ye.. ;)
anak2 makcik ni takde ke,
takkan nak biarkan dia macam tu je,
kena lakukan sesuatu
kena tolong dia...
Pak Man.
Kesian kt makcik tu.
Tu bukti cinta & kaseh & sayang
makcik tu kt suami die kan.
isteri be'keng , laki kawin lain
kalau laki pulok hok be'keng , lagu mano ???
Salam Pak Man
uishhh
seram ni
lepas ni nak kena lemah gemalai ngan cheffarid
seramm serammm
Cikgu Man,
Cerita ni ada pro dan kontranya. Hanya Allah sahaja mengetahui segala-galanya..
Dugaan untuk Mak Chik tersebut. Syurga bukan percuma ;-). Kenalah melalui onak & duri untuk merasai kemanisanya.
Kalau dah menunggu seharian...harap solat pun tak tertinggal.
rasa cam pernah dengar cerita nie.. jeng...jenggggggg....
apa2 pun begitulah hukum karma dunia.
hmmmmmm....
Neeza,
Pak man tak tahu nak cakap apa. Cuma kesian!
Zaki,
Tak tahu lah ada anak ke tidak. Cuma kadang-kadang aku nampak ada kanak-kanak mengikut dia, orang kata itu cucu dia.
Jiran-jiran dah puas nasihatkan dia, tapi dia buat tak dengar je.
meEn,
Kesian...memang kesiannn.
pB,
Tok tahu lah lagu mano.....tepuk dada dan berishtighfar banyak-banyak.
vy,
Hahahahaha...no komen.
Catz,
Hanya Dia yang maha mengetahui.
Perunding,
Ya ini adalah dugaan buat beliau, kalau tak tahan boleh gila dibuatnya.
Shiela,
Mungkin Shiela kenal orang nih.....atau pernah dengar cerita ni.
Dah nasib makcik tu jadi macam tu , apapun harap dia insaf atas kesalahan yang dilakukan terhadap suaminya, saya doakan agar suaminya akan kembali suatu hari nanti ,InsyaAllah.
tcher,
Emmmmmmm......kenapa?
Silversarina,
Mudah-mudahan suaminya akan kembali.Amiinnn.
kalau saya pun, saya akan tunggu
sukar utk digambarkan..kadangkala hukum kehidupan ni aneh..
ambil iktibar..
anak nah,
Manusia ni pelbagai, ada yang setia dan ada yang tidak.
tcher,
Hanya Allah yang maha mengetahui.
Pinat,
Sama-sama lah kita fikir kan.......ada pengajaran di sebalik kisah itu. Yang baik dan yang buruk.
Post a Comment