Masa kecik-kecik dulu, Pak Man guna pelita untuk menerangi rumah dan juga untuk membaca buku. Waktu makan malam pelita diletak di tengah-tengah, kami sekeluarga akan makan dalam cahaya yang samar-samar. Tak jadi masalah kerana dah biasa. Tapi bila nak baca buku terpaksalah letak pelita dekat-dekat dengan buku.
Menyalakan pelita dan mengisikan minyak tanah(minyak gas)kedalam pelita adalah merupakan tugas hakiki Pak Man dari umur 7 tahun sampailah umur Pak Man 10 tahun. Sumbu pelita, kami guna tali guni. Bila terbakar, arangnya akan jadi bulat-bulat melekat pada sumbu, kami panggil 'buah pelita'. Buah pelita ini mesti selalu di tanggalkan dari sumbunya, kalau tidak, apinya tak cantik.
Budak-budak sekarang ni dah tak berapa kenal dah dengan pelita. Mereka ingat pelita ni adalah barang hiasan......antik!.
Mereka akan pasang pelita setahun sekali............waktu Hari Raya. Tidak macam Pak Man dulu, tiap-tiap hari. Itu pun mereka pasang di luar rumah, bukannya di dalam rumah.
Gambar di atas ini juga adalah sejenis pelita kesukaan Pak Man...........Tepung Pelita. Mak Pak Man selalu buat dulu nih. Orang kampung Pak Man yang selalu jual tepung pelita pun ada juga, namanya Tok Wan Hassan.
13 comments:
sedap sungguh pelita hok last tu hehehehe :D
Cikgu Man,
Sedapnya tepung pelita tu.. kalau yang ada sengkuang kecil2 dalam tu lagi sedap.. terliur plak rasanya..
Teringat Mum saya cerita masa saya kecil-kecil dulu. Dia macam Cikgu Man jugak. Katanya, bila tak terang - kena letak pelita dekat-dekat dengan buku. jadi hidung pun penuh dengan asap sumbu.. hehe..Meja belajar dia - tin biskut.
Susahnya hidup-hidup dulu kan.. Saya merasa juga dalam tahun 1984 - 1986. Masa tu, umah nenek tak masuk elektrik lagi. Bila nak maghrib je, kami dah mula mencari minyak gas dan ubat nyamuk di kedai.
Nak menggosok baju pun pakai iron yang letak bara tu.. hehe.. Tapi seronoklah zaman tu..
PakMan..
aruah atok saya sangat kreatif buat pelita daripada botol kaca yang cantik-cantik..tak tau entah di mana dia dapat botol-botol tu...tiap petang isi minyak gas dan gilap kaca ..
banyak-banyak pelita,pelita yg bertepung tu pilihan hati saya..
Akmal,
Pelita hok last tu tak dok sumbu, tapi kalu keno so nok so lagi!.
Catz,
Orang dulu-dulu memang susah, tapi mereka tak bersungut pun, sebab tu jarang ada yang kena darah tinggi.
Pinat,
Ada simpan lagi ke pelita-pelita tu? Kalau ada, jaga baik-baik untuk tatapan anak cucu.
terkenang dulu-dulu...mase musim bah, blackout selalu sampai seminggu,
pantang ribut sket...api (letrik) xder...
pelita jadi teman...
suka main taik pelita (buah pelita)
pahtu kena marah ke mok..tangan abeh hitam
samalah kita cikgu, kecik2 dulu belajar dibawah sinaran pelita ayam. Pagi2, hitam lubang hidung, dok sedut asap pelita ayam tu.
Tu la pah ko lo ni hitam ni....
faraulah,
Oooo nampaknya ada juga pengalaman guna pelita ......
Tu laaa suka main sangat...doh keno maroh.
Zaki,
Hahahaha....pah ko loni hitam.....kita serupa!
Sally tak sempat la merasa zaman pelita2 nih..kecuali time nak raya..buat "panjut"..pelita dipaku ke batang buluh..pacak sepanjang jalan ke rumah opah..yg tak bestnya tgn mesti bau minyak tanah..
..tp kuih pelita la yg paling best..sedappppppp...kalau letak dlm fridge/peti ais..lagi sedappp..
Salam Cikgu,
Teringat semasa guna pelita minyak tanah ni, pagi2 tahi hidung jadi hitam kalau pelita itu tidak dipadamkan semasa tidur....hahaha.
tchersally,
Ya, orang sekarang pasang pelita setahun sekali je.......
Tepung pelita memang sedap!
Zabs,
Kita serupa.......hahahaha.
Teringat masa kecil dulu waktu baru pindah rumah, letrik belum sambung lagi, pakai pelita kabaid, bau semacam.
Azani,
Terima kasih kerana sudi singgah, ya...pelita kabaid berbau semacam.
betul tu.. pagi2 kena lap lubang idung yg itam..dek "jelaga"
cik ketumbar
Post a Comment