Minggu lepas, ronda-ronda belakang rumah mak mertua. Tengok pokok-pokok yang hidup subur dan merendang. Rupa-rupanya pokok durian dah berbunga. Alhamdulillah.....rezeki anak-cucu lah tu.
Bunga-bunga berkembangan, lebat sekali. Kalau jadi buah tentu lebat ni.........
Tapi cuaca sekarang ni tak menentu. Pagi panas.....tengah hari panas.....tiba-tiba petang hujan, ribut.........maka bunga-bunga pun berguguran ke bumi. Tak ada apa yang tinggal lagi.......
Yang tinggal hanyalah tangkai sahaja. Nampak gaya nya tahun ni kalau nak makan durian kena beli lah. Tak da rezeki, nak buat macam mana.
26 comments:
Alahai.. mungkin dia berbunga balik kot Pak Man..
durian sekarang dah murah kan..
Durian Raub sedap kan.. ;)
Salam Pak Man..
Cantiknya bunga2 pokok durian..eiyda tak pernah pun tengok..Harap2 pokok durian tu berbunga balik..
hmmm..ape lah khabar agaknya pokok durian di kampung..huhu
memang cuacu huru hara kebelakangan ni..akhir zaman agaknya..
tak makan durian lagi ni...
selalu kena tipu ble beli durian kat tepi jalan...huhu
kat jusco selepas 9pm
durian udang merah dapat less 30%
Cikgu Man,
Ni first time saya tengok bunga durian.. cantik juga..
durian udang merah? ada ek?
pakman... takde rezeki.. tapi rezeki si penjual.. kalau kat stesen bas raub tu.. time musim durian... meriahhh..tapi ntahler sekarang nie
Catz_mafia
saya pun first time jumpa durian ni
nama udang merah.... (Jusco Midvalley)
harganya boleh tahan
RM 40.00 sepeket
(durian yang dah dibuka)
Ramai jugak macam saya , baru first time tengok bunga durian , tak de rezeki nak jadi buah , tak pe mungkin pokok2 lain akan berbunga dan berbuah nanti InsyaAllah.
pok mae...takdok rezeki takpo lah...insyaallah Allah akan bui lebih lagi ko Pok Mae
Salam Cikgu,
Jadi durian pun ada cabarannya... Apatah lagi jadi manusia yang diberi akal, tentu lebih besar kan?
Durian sekarang pun berbuah dah tak ikut musim lagi... betul ke?
Faraulah,
RM40 sepeket? Banyak mana? Mak ai.. dah macam kat London mahalnya..
salam cikgu,
takdapat la buat tempoyak stok tahun ni
Pak Man.
Beli je senang.
Zaman sekarang dimana-mana pon
ade jual durian kan.
Murah pon murah.
Sedap makan durian ni.
Catz_mafia
ada lah dalam 5-6 ulas
tapi isi nya memang cantik dan sedap...
tapi bergantung pada musim gak...
biasanya cina yg beli...saya beli after less jer..haha
(maaf yer Pak Man, dah jadi mcm blog sendiri plak)
Neeza,
Tahun depan pulak laa.....
Di Raub ni banyak durian 'cha ya nun alif'...awas! banyak racun.
Eiyda,
Kalau dok tengah bandar tu mana lah ada pokok durian. Kampung Abe Nik mungkin ada kot.
tchersally,
Memanglah .....cuaca tak menentu sekarang ni.
Lina,
Durian Satak dan Ulu Sungai belum keluar lagi.
faraulah,
Durian udang merah.....ehmmmmm mesti sedap ni.
Catz,
Tak sangka pula saya ramai yang belum pernah tengok bunga durian. Tak sia-sia lah usaha saya ......
Shiela,
Kalau di stesen bas Raub tu memang banyak. Tapi kalau durian 'cha ya nun alif' terutama dari Sungai Ruan, banyak racun. Kena berhati-hati. Susah nak cari durian kampung sekarang ni.
Silversarina,
Rasa puas dalam hati bila dapat membantu orang yang tak pernah tengok bunga durian ni....
InsyaAllah pokok-pokok yang lain akan berbunga dan berbuah.
Achu Tra,
Insya Allah.......terima kasih kerana selalu singgah blog Pok Mae nih.
Zabs,
Betul tu.....dah tak ikut musim lagi. Dunia akhir zaman dah agak nya.
Sahabat,
Kalau nak buat stok tempoyak untuk tahun depan terpaksa kena beli dari Ulu Sungai lah ......
meEn,
Berhati-hati kalau beli durian. Terutama kalau buah tu cantik, tak ada cacat nya.... mungkin ada banyak racun. Kalau di Raub ni, orang 'cha ya nun alif' tak makan durian mereka sendiri. Mereka akan beli durian kampung untuk makan.
Kenapa?.....itu kena fikir lah sendiri.
Catz dan faraulah,
Bersembang lah.....tak apa, Pak Man tak marah. Buatlah macam blog sendiri.
Kat Langkawi harga durian RM10.00 sekilo. Kalau sebiji tu adalah lebih kurang RM20 - RM30.
Lee,
Tak apa ......benda lain murah kan?
Lama demo tak singgah sini, banyak kerja ko?
Kawe singgoh sokmo, cuma tok tinggal jejok ah.
oh ye ke Pak Man.
Terime kaseh.
Lain kali saye akan lebih
berhati-hati.
Post a Comment